Inilah #OOTD 10 SELEBRITI Yang Tetap Stailo Walaupun BERJUBAH, Hijab Labuh & NIQAB.

Penampilan seseorang menggambarkan karektor dirinya yang sebenar. Tidak bermakna jika mereka memilih untuk berhijab labuh atau niqab, akan membataskan untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak ataupun yang luar dari kemampuan mereka. Malah cara berpakaian begitu sedikit pun tidak menghalang mereka untuk bergerak melakukan aktiviti harian mereka dan terus menyampaikan dakwah dalam cara tersendiri.

Dalam erti kata lain, biarpun berhijab, jubah tetapi gaya mereka tetap stailo. Ini kita boleh lihat jika mereka memuat turun gambar yang juga tidak kurang kalah dalam bergaya.

Lihat sahaja beberapa selebriti ini yang senang tampil berjubah, dengan hijab labuh atau berniqab tetapi masih lagi stailo. Terutama Natasha Hudson yang cukup gemar memuat turut foto dalam pelbagai gaya menarik. Mereka ini juga cukup aktif dalam media sosial dan menyebarkan dakwah dalam cara tersendiri.

Ayuh kita lihat #OOTD 11 selebriti yang selesa dalam penampilan yang sepatutnya sebagai seorang Muslimah. Mereka juga mempunyai jumlah follower yang ramai dan mereka ini juga seronok dan turut menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh artis kesayangan ini.

10 orang yang admin senaraikan ini, memang kita sering lihat perkembangan mereka di laman sosial. Tetapi yang paling last, penyanyi dan juga pelakon Waheeda Wassini yang terus mendiamkan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumah tangga dengan Akhil Hayy. Dia juga khabarnya memilih untuk berniqab setelah berkahwin.

#1. Mizz Nina

Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina (lahir 1 Julai 1980) merupakan penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen, ahli perniagaan dan usahawan Malaysia.

Beliau adalah salah seorang daripada anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Merupakan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan ini. Kini telahpun menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Beliau merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Pada 2013, beliau memilih untuk bersara daripada industri muzik Malaysia dan mengambil keputusan untuk bertudung sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

#2. Natasha Hudson

Natasha Liana Hudson ialah seorang model, pelakon, penulis, pengacara TV, dan humanis Malaysia.

Dia dilahirkan pada tahun 1982 dan berbintang Virgo. Natasha merupakan kelahiran Melayu-Australia. Selain kerjaya artis, beliau turut menerbitkan beberapa buku antaranya “Puisi Indah Si Pari-Pari” dan “My Heart My Soul My Passion”.

Natasha Hudson kini kini tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah. Beliau juga berkata bahawa penghijrahan kepada imej berhijab ini bukanlah kerana mahu berkahwin.

#3. Fynn Jamal

esok puasa 9 hari awal zulhijjah. malam ni kena pulun @susujuna. sahur pun kena balun lagi sekali. . orang gastrik sepertiku sahaja akan memahami struggle hari pertama puasa. pedih, sebu, letih. tambah lagi dgn anaemia yang buat darah rendah so kije nak pitam je kalau tak makan on point. . tapi kan ada @susujuna. susu kambing dgn kurma, madu, manna, delima dan macam2 lagi. . buktinya? straight ramadhan (kecuali hari cuti) sampai puasa enam tuari. alhamdulillah. xde masalah. . siapa kata @susujuna hanya utk anak2 kita? remaja, mak2, bapak2 dan atok2 semua boleh manfaat sama. dah la tak ada gula. boleh dapat peluang menang umrah pulak tu. atau paling2– redeem dpt merchandise kami. haaaaa. tak nak ke? heheheeh. . @susujuna @susujuna @susujuna

A post shared by ูุตุจุฑ ุฌู…ูŠู„ (@fynnjamal) on

Nama Penuh : Nur Affina Yanti Jamalludin
Tempat Lahir : Kota Tinggi, Johor
Tarikh Lahir : 27 Ogos 1982
Nama Suami : hazrilfitri hadzir
Tempat Tinggal : Nilai, Negeri Sembilan
Education : Bachelor of human sciences
majoring in english language & literature
Email : fynnjamal82@gmail.com
jenis muzik yang diminati ?
anything poetic โ€”anything with soul. dari rock sampai koroncong.
semua. yang penting jiwa.

#4. Diana Amir

Nurdiyana Amir binti Hashim (dilahirkan pada 22 Jun 1986) atau lebih dikenali sebagai Diana Amir (Jawi : ุฏูŠุงู†ุง ุฃู…ูŠุฑ ) merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia.

Diana Amir dilahirkan pada 22 Jun 1986 di Birmingham, England dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik.

Beliau mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang lebih dikenali sebagai SIGS.

Diana mula mengenakan hijab pada tahun 2011.

Pada 26 Oktober 2013, Diana sah bergelar isteri kepada Habibbullah dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Pada 8 Mac 2015, Diana telah selamat melahirkan anak perempuan sulung mereka pada 5.45 pagi [4] dan diberi nama Khaulah Al Azwar.

Pada 28 Julai 2016, Diana telah berkongsi klip video imbasan ultra bunyi di laman instagramnya mengesahkan dirinya hamil anak kedua.

Pada 4 Januari 2017, Diana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara normal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 5.55 pagi. Berita gembira ini dikongsikan oleh beliau di laman sosial instagramnya dan diberi nama Khadija Azzehra.

#5. Yatt Hamzah

Pakaian putih adalah pakaian yang terbaik, sampai dikatakan dalam sabda Nabi bahawa pakaian tersebut yang lebih baik dan lebih bersih. Kerana memang seseorang yang mengenakan pakaian ini terlihat lebih indah dan bersih, juga si pemakai akan senantiasa menjaga bajunya agar tidak terkena kotoran. Perintah Memakai Pakaian Putih; Dalil yang menunjukkan hal ini adalah beberapa hadits berikut, ุงู„ู’ุจูŽุณููˆุง ู…ูู†ู’ ุซููŠูŽุงุจููƒูู…ู ุงู„ู’ุจูŽูŠูŽุงุถูŽ ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑู ุซููŠูŽุงุจููƒูู…ู’ ูˆูŽูƒูŽููู‘ู†ููˆุง ูููŠู‡ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุชูŽุงูƒูู…ู’ โ€œPakailah pakaian putih karena pakaian seperti itu adalah sebaik-baik pakaian kalian dan kafanilah mayat dengan kain putih pulaโ€ (HR. Abu Daud no. 4061, Ibnu Majah no. 3566 dan An Nasai no. 5325. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan). . ๐Ÿ‘—@sucibyyatthamzah #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yattmengayat #suci #yatthamzah

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt (lahir 13 April 1980) ialah seorang pelakon Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang pengacaraan & pemodelan. Wajah pemegang ijazah Kursus Komunikasi & Pengajian Media (Periklanan) dari UITM Shah Alam ini, banyak terpampang di majalah fesyen dan hiburan tempatan setiap bulan, antaranya Pengantin, Wanita, Keluarga, Mingguan Wanita, Perempuan, Remaja dll.

Yatt amat meminati bidang lakonan sejak di bangku sekolah lagi dan amat aktif dalam drama, pentomin & teater hinggalah ke peringkat universiti. Antara filem & drama yang pernah dibintanginya ialah Impak Maksima, Kecoh Betul, Rencong, Nasi Lemak Lebaran, Kaber Hero Kaber Zero, Dunia Baru, Jejak, Gerak Khas, Masa Dulu2, Dilema Wanita, Mat Jenin, Bella dan Ular Emas.

Dalam bidang pengacaraan pula, bakat Yatt memang amat menyerlah kerana selain sibuk dengan rancangan Interaktif Sukan di RTM 1 setiap selasa 12 – 1 malam, Sajian Bayu di RTM 2 dan 4C (Cergas, cantik, ceria & citarasa) di RTM 2, Yatt dilamar pula oleh TV9 untuk mengacarakan sebuah rancangan bual bicara santai terbaru iaitu Nasi Lemak Kopi O di samping Aziz Desa.

Selain berlakon, mengacara dan menjadi peragawati fesyen, Yatt juga laris sebagai duta produk dan model iklan. Antara iklan2 yang pernah dibintanginya termasuklah Pond’s, Yamaha, Pringles, She cologne, Bintang Fesyen, Rosken, Binary, Ratu Sari dan Sport Elect.

Setelah bertudung, Yatt kerap pula menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama.

#6. Abby Abadi

๐ŸŒฐ๐ŸŒฐ๐ŸŒฐ #TudungBawangAbby #TudungBawangViral #TudungMakcikBawang #RuncingBersamaAbby ๐Ÿ‘ป . Alhamdullillah. Atas permintaan ramai, Sy ambil lagi stok Tudung Bawang yeeehaa hehe.. Syukur! Rezeki sentiasa ada bila kita berusaha ๐Ÿ˜ . Meh whatsapp terus ke 0193595121 ye pada yg berminat. Sy ada ambil sikit size M, L, XL & banyak utk XXL mcm yg Sy pakai tu ye. Murah2 je Sy jual sebab ni tudung readymade je pun. Sy pakai. Bila ramai yg bertanya, Sy jual. Material Denim. Panas tak? Syurga bukan murah utk dimilikki gitu hehe.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ™Š . Sehelai rm35 Tiga helai rm100 ye Berminat terus whatpp. Sebut nk warna apa (smentara byk stok ni) transfer + postage rm9, pastu bg nama alamat & no hp. Esok pagi Sy poskan ye ๐Ÿ˜ . PS: Sy nk ke Kelantan, Terengganu sabtu ahad ni. Yg nk COD produk2 Sy atau tudung ni (beli lebih.. sikit malas hehe ๐Ÿ˜) maklumkan awal ye.. tengok laluan kami ke tidak tempat anda tu. kalau tak lalu diposkan sahaja ye. . Opppppsss… satu lagi agent Tudung Bawang @umaima1234u ada di Subang Bistari. Tak dpt Sy, buleh cari dia ye. Yg dekat buleh COD, yg jauh pos saja sbb minyak makin mahai skrg #harapmemahami ๐Ÿ˜…๐Ÿ™Š๐Ÿ‘ป

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Arbaiyah binti Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977) merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi Elite. Beliau turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim.

Beliau berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di RTM – TV2.

#7. Heliza Helmi

Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza Helmi (lahir 3 Februari 1986) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan.

Dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.

Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya.

Kesungguhan Heliza dalam bidang pelajaran telah membawanya ke Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mengambil Pendidikan (Sains, Biologi dan Kimia) sebagai jurusan beliau di universiti tersebut dan beliau telah tamat menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2010. Heliza juga pernah mendapat anugerah dekan selepas beliau bergelar artis. Walaupun beliau amat sibuk dengan kerjayanya namun dengan kesibukan itu menambahkan motivasi beliau untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pelajarannya.

#8. Oki Setianadewi

Oki Setiana Dewi (lahir di Batam, Kepulauan Riau, 13 Januari 1989; umur 29 tahun) adalah seorang pemeran Indonesia yang memerankan tokoh Anna dalam film Ketika Cinta Bertasbih. Oki lahir dari pasangan berdarah Jawa-Palembang, Suliyanto dan Yunifah Lismawati. Sejak usia 16 tahun, Oki telah merantau ke Jawa dan menetap di Depok. Alumni SMA Negeri 1 Depok ini kemudian kuliah di Universitas Indonesia jurusan Sastra Belanda pada tahun 2007 dan lulus pada 2012.[1] Oki sempat bermain di beberapa FTV sebelum akhirnya memutuskan untuk berjilbab pada tahun 2005. Kariernya di dunia seni peran sempat terhenti, sebelum akhirnya memerankan karakter utama perempuan dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih.

#9. Irma Hasmie

Irma Hasmie Binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Irma Hasmie lahir pada 8 Januari 1982 di Kuala Lumpur. Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).

Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.

Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.

Pada 29 June 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Redza Syah Azmeer. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.

#10. Waheeda

Norwahidah binti Abdul Wahab (lahir 23 September 1978) lebih dikenali sebagai Waheeda atau Waheeda Wassini merupakan penyanyi, pelakon, usahawan dan komposer yang popular di Malaysia. Beliau mula menjadi fenomena dalam dunia industri hiburan menerusi lagu dendangannya yang berjudul Wassini sekitar pertengahan era milenium 2000-an. Tambahan pula, Waheeda juga pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam festival muzik Voice of Asia pada tahun 2004 dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Namanya cukup besar dalam industri suatu masa dahulu. Mempunyai pengaruh tersendiri di sebalik tudung yang labuh dan berwajah manis, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab yang terkenal dengan lagu Wassini mencipta fenomena lagu-lagu berentak arab di dalam industri nyanyian suatu ketika dahulu.

Namun sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang penyanyi dan pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy, namanya semakin pudar hinggalah baru-baru ini dia muncul semula di konsert Gema Gegar Vaganza.
Kemunculannya disedari oleh rakan seperjuangannya dalam industri suatu masa dahulu iaitu Catriona Ross apabila dia mengenali suara di sebalik niqab gadis bertudung merah jambut.

Melalui Instagram, Catriona memberitahu dia tidak sangka rupanya individu disebelahnya itu merupakan penyanyi yang dirindui oleh orang-orang industri.

โ€œSemasa tiba di konsert Ggv, saya terus duduk dan beberapa minit selepas itu saya terdengar suara yang cukup familiar. Saya lihat dan terus dapat mengagak individu itu adalah Wahida Wassini. Rindu. Kali terakhir kami bertegur lebih 10 tahun yang lalu,โ€ tulisnya di ruangan kapsyen. -http://www.mediahiburan.my

Sumber:ย http://www.hijabista.com.my