“Namun tuhan lebih sayangkan Liyana,”…Semoga roh Nurliyana dicucuri rahmat..AL Fatihah!

JENAZAH pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, yang meninggal dunia semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Enam, Banting, hari ini.

Terdahulu, jenazah Nurliyana disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa Banting sebelum dikebumikan, kira-kira 10 pagi tadi.

Suami arwah, Mohd Taufiq Abdullah, Mohd Taufiq berkata, dia bersama keluarga redha dengan apa yang berlaku dan sudah berusaha memberikan apa yang termampu buat Liyana.

“Sebenarnya apa yang saya bantu saya rasa belum cukup, tapi saya sudah bagi apa yang termampu sepanjang tujuh tahun menjadi suami isteri.

“Kali terakhir saya bercakap dengannya adalah sebelum Liyana menjalani pembedahan kedua Selasa lalu bagi membuat saluran pernafasan selepas kandungan karbon dioksida dalam badannya meningkat.

“Dia tidak boleh bercakap disebabkan kesan pembedahan di lehernya dan hanya mampu menulis memaklumkan kesakitan dialaminya, mahu makan masakan nenek apabila sembuh dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, dia bersama keluarga termasuk arwah isterinya sudah dimaklumkan mengenai risiko yang bakal dihadapi oleh Liyana sebelum menjalani pembedahan pada 13 April lalu.

Katanya, pembedahan itu adalah satu-satunya jalan terbaik buat Liyana dan keputusan untuk menjalani pembedahan adalah dibuat oleh arwah isterinya sendiri.

“Jika dia tidak jalankan pembedahan pun risikonya tinggi juga dan jika dia jalani pembedahan mungkin ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Jadi pembedahan itu adalah jalan yang terbaik buatnya.

“Sebenarnya pembedahan membuang empat kelenjar para tiroid di bahagian lehernya itu berjaya, tetapi selepas dua hari pembedahan dia mengelami pelbagai komplikasi lain termasuk paru-paru dan jantung.

“Doktor pakar pun sudah bagitahu secara terperinci mengenai perkara ini. Jadi kami serahkan kepercayaan kepada mereka untuk merawat Liyana.

“Namun tuhan lebih sayangkan Liyana,”

katanya ketika ditemui.

“Sebelum pembedahan (membuang kelenjar para tiroid) arwah isteri ada maklumkan mungkin ini yang terakhir untuk dia bersama kami, mungkin dia tak akan kembali lagi.

“Jadi, kami redha dengan pemergiannya yang selepas sekian lama menempuhi kehidupan dengan pelbagai ujian penyakit,” katanya.

Sementara itu, Bapa Liyana, Abdul Raziff Mohammad Radzi berkata, dia dan keluarga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban termasuk doktor dan pihak hospital yang berusaha memberikan rawatan yang terbaik buat anak sulungnya itu.

“Terima kasih kepada semua yang membantu memberikan semangat dan tidak putus mendoakan Liyana. Di saat kami dalam keadaan begini ramai yang membantu dan memberikan sokongan. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa anda semua,” katanya.

Liyana menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hopital Kuala Lumpur, 8.30 malam, tadi selepas tekanan darahnya menurun.

 

Permergian arwah mengudang pilu keluarga terutama suami serta ayah nya, mengikut ayah nya anak sulung nya itu seorang yang sangat kuat dan tabah dengan penderitaan yang ditanggungnya.

Hanya melalui tulisan diluahkan Liyana betapa siksa diri nya menahan sakit semasa terlantar dan menerima rawatan yang membuatkan sesiapa nya membaca nya menitis air mata.

Mengikut bapa nya lagi arwah anak nya pernah melahirkan anak namun anak nya bersama suami tersayang hanya hidup selama 24 hari sahaja, yang maha esa lebih sayangkan anak pasangan itu.

Perkara terbabit disahkan oleh bapanya Muhammad Radzi, 55, yang memaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.30 malam.

“Difahamkan tekanan darahnya menurun sebelum menghembus nafas terakhir.

“Kami masih menunggu proses bagi menuntut jenazah bagi urusan pengebumian dan selepas semuanya selesai mayat akan di bawa pulang ke rumah saya di Banting, Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Pada 13 April lalu, Liyana menjalani pembedahan bagi membuang kelenjar para tiriod di bahagian lehernya.

sumber : http://media2040.net