9 Tahun Jadi Penari, Personaliti Ini Tak Terfikir Untuk Buka Tudung & Kekal Istiqomah Berhijab!

Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.

Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqomah dengan apa yang telah berlaku.

9 TAHUN JADI PENARI

“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.

“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya. Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.

“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.

“Jadi apabila ada tawaran daripada Datuk Seri Aliff Syukri saya anggap itu rezeki. Bukan itu sahaja, saya juga terikat menjadi model pakaian raya untuk jenama AshhAnnas. Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model muslimah secara sambilan. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun 4 bulan.

Perkembangan aish memang sgt berkembang😂😂

A post shared by doubleA💕 (@__iiiintan.saleh) on

ANAK-ANAK JADI KEKUATAN

Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.

“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.

“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil kerana masih menyusu badan. Baru saya cuba-cuba untuk beri susu botol. Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.

💚 Ingat nak jumpe abank kawasan tp xde 😜 @annaseaskey

A post shared by doubleA💕 (@__iiiintan.saleh) on

SAMBUT RAMADAN TANPA SUAMI

Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama kecuali kelainan tiada suami di sisi. Kalau dulu menurutnya akan fikirkan untuk sediakan juadah buat suami, tetapi kali ini hanya akan menyambutnya bersama keluarga.

Intan ditemui ketika majlis pelancaran Innersejuk X Lily Petuna di Subang minggu lalu. Kehadirannya walaupun lambat tetapi dia tetap memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak penganjur. Innersejuk adalah produk anak tudung keluaran pertama di Malaysia yang menggunakan teknoogi Drichill.

Ditubuhkan sejak tahun 2014 dan keistimewaannya adalah mampu membuang haba berlebihan, menyerap peluh dan cepat kering, tidak mencekik, tidak ketat dan selesa serta tahan lama walaupun dibasuh dan dijemut berulang kali.

Hadir bekerjasama dengan label Lily Petuna dalam satu pertunjukan fesyen dan innersejuk kali ini didatangkan dengan pelbagai warna terang yang menarik.

Rezeki Intan Jadi Model Muslimah

Lisah viral kisah wanta ini yang dikatakan akan diceraikan suaminya sendiri disebabkan sudah tiada rasa cinta. Ketika itu dia merasakan hidupnya bagaikan hilang tempat bergantung memandangkan dia senditi tidak bekerja dan terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil. Namun Tuhan itu Maha Adil dan Kaya. Ada orang lain yang bersimpati dan memberi rezeki padanya untuk meneruskan hidup. Siapa sangka wanita yang cukup viral minggu lepas, Intan Liana Salleh ditawarkan menjadi model bagi produk terbaru Dato’ Aliff Syukri.

Melalui ruangan instagram isteri Dato’ Aliff, Datin Seri Shahidah, dimuat turut foto Intan menggayakan hijab terbaru keluaran AliffbySha. Istimewanya hijab ini menepati syariat dan memenuhi ciri wanita Muslimah.

Malah ia boleh digayakan dalam dua bentuk. Sama ada sebagai hijab biasa pelbagai gaya ataupun dibuat khimar yang mana boleh digunakan untuk solat.

Menggunakan warna pastel dengan penggayaan model bersesuaian menambahkan lagi keunikan hijab terbaru keluaran jutawan kosmetik ini.

Intan Liana juga turut memuat turun foto yang sama dan menerima banyak komen daripada netizen. Mereka memuji penampilan intan yang cantik bak model dengan gaya Muslimah yang sopan.

Sebelum itu Datin Seri Shahida memuat turun foto pertemuan mereka yang mana pasangan ini yang dikatakan mahu membantu dan bekerjasama dengannya dalam memberi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Justeru ramai yang menunggu apa projek terbaru dan dua hari kemudian barulah terjawab segala persoalan.

Semoga dengan rezeki yang diberikan kepada ibu muda ini, kehidupan Intan akan bertambah baik di samping dua anak yang masih kecil.

Tinggalkan Komen

sumber : http://www.hijabista.com.my