Allahu!! Inilah kejadian yang berlaku di dalam pesawat Egypt Air yang dinaiki Isteri Allahyarham Imam!

WAJAH seorang penumpang mirip Allahyarham Dr Fadi M R Albatsh menimbulkan suasana sedih di dalam pesawat apabila anaknya bertindak memeluk dan bermanja dengan lelaki berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika di dalam pesawat Egypt Air yang dinaiki Isteri Allahyarham, Enas AlBasth,31 dan tiga anaknya berusia enam hingga setahun.

Anak bongsu Allahyarham, Mohamed bertindak demikian selepas menyangkakan lelaki berkenaan bapanya.

Menceritakan kejadian, Sukarelawan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Farisul Islam berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika mereka dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Kaherah.

“Mohamed kelihatan bermanja dengan penumpang berkenaan kerana perwatakan dan rupanya yang berjambang mirip arwah.

“Mungkin anak kecil itu merindui arwah ayahnya dan masih tidak mengerti apa-apa,”katanya.

Farisul berkata, Mohamed kelihatan gembira selepas menemui lelaki terbabit.

“Dia (Mohamed) sangat gembira dan sempat bermain dengan penumpang terbabit,” katanya.

Farisul bersama isterinya adalah sukarelawan yang mengiringi isteri Dr Fadi ke Kaherah, Mesir.

Jenazah Fadi tiba kira-kira jam 10.40 pagi (waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Kaherah.

Jenazah Fadi dibawa menaiki pesawat Egypt Air yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 7 malam semalam.

‘Tugasan’ dirancang tiga bulan…?

SUSPEK yang dipercayai terbabit dalam kejadian pembunuhan pensyarah Palestin di Setapak, Sabtu lalu dipercayai menyewa motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys terbabit sejak Februari lalu.

Berdasarkan perjanjian antara suspek dan pemilik motosikal itu, lelaki terbabit berjanji untuk menyewanya selama tiga bulan untuk urusan bertugas di negara ini.

Sumber berkata, suspek dipercayai mengenali pemilik itu melalui seorang rakyat tempatan yang menjadi orang tengah untuk proses sewa motosikal berkenaan.

“Hasil daripada rakaman percakapan ke atas pemilik motosikal itu membawa kepada pendedahan gambar sebenar suspek seperti yang didedahkan oleh pihak polis, hari ini.

“Dengan pelbagai petunjuk termasuk penemuan motosikal yang digunakan suspek semalam, ianya sedikit sebanyak dapat membantu pihak polis dalam mengesan suspek,” katanya.

Katanya, pada masa ini bantuan dan maklumat daripada orang ramai amat dialu-alukan dalam usaha mengesan suspek sekiranya dia masih berada dalam negara ini.

“Berkemungkinan, dalam tempoh sewa selama tiga bulan (antara Februari hingga April), suspek melakukan pemerhatian dan pemantauan sebelum melakukan ‘tugasan’ membunuh Dr Fadi M R Albatsh Fatma.

“Malah, dia juga merancang dengan rapi, lokasi motosikal akan diletakkan selepas melakukan pembunuhan ke atas mangsa sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi [METROTV]

SUASANA sedih diselangi laungan syahadah dan takbir mengiringi jenazah pensyarah dan Imam Palestin Dr Fadi M R Albatsh sebelum disolatkan di Surau Medan Idaman, Setapak pada 1.30 tengahari.

Kira-kira 2000 jemaah hadir bagi menyempurnakan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham yang dibawa ke Surau Medan Idaman diusung dari kediamannya dan diiringi kira-kira 100 individu sebelum tiba di surau pada 1. 10 tengahari.

Jemaah kemudian menunaikan solat Zuhur sebelum menyempurnakan solat jenazah. Suasana hiba turut menyelubungi persekitaran surau apabila ada jemaah yang menangis disamping laungan takbir dan intifada.

Jenazah kemudian diusung keluar dan dibawa menaiki kenderaan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Mesir dengan penerbangan Egypt Air pada 7 malam ini dan dijangka tiba di Cairo, Mesir pada 9 pagi waktu tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, jenazah kemudian akan dibawa menaiki kenderaan ke sempadan Rafah.

“Perjalanan akan mengambil masa kira-kira lima jam untuk ke Rafah. Sejurus tiba di Rafah jenazah akan terus dibawa ke Gaza, Palestin.

“Kedua ibu-bapa dan adik beradiknya akan menunggu mereka yang dijangka tiba pada 9 pagi,” katanya.

Menurutnya, MyCARE turut menghantar dua individu bagi mengiringi perjalanan isteri Allahyarham, Enas Albatsh berserta tiga anaknya.

“Keluarga Allahyarham akan turut menetap di Gaza, Palestin dan kita berharap perjalanan mereka dipermudahkan,” katanya.

 

sumber : https://www.hmetro.com.my