Selepas 9 Tahun Akhirnya Bienda Dedah Punca Sebenar dan Inilah Wajah Terkini Beliau Bersama Anaknya!

Setelah hampir sembilan tahun menyimpan rahsia, penyanyi Bienda akhirnya mendedahkan kisah di sebalik pernikahannya dengan produser, Kamarul Zariman Abd Rahman.


Bienda kini muncul dengan single baru. FOTO: Instagram Bienda

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, berkata dia bernikah pada 10 Oktober 2009 dan melangsungkan majlis persandingan selepas setahun kemudian.

Keputusan untuk merahsiakan tarikh pernikahan itu bukanlah kerana pasangan itu berkahwin di negara luar namun disebabkan mereka enggan menyusahkan pihak keluarga.

“Sudah tiba masanya saya berkongsi dengan semua orang yang kami telah bernikah pada 10 Oktober 2009 dan setahun kemudian barulah majlis persandingan diadakan.

Bienda semasa pelancaran Jaga Hati. FOTO: Instagram Bienda.

“Saya merahsiakan perkara itu sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Ketika tu, fokus utama kami bekerja keras simpan duit untuk beli rumah dan barulah fikir pasal majlis sanding pula.

“Saya tak nak guna duit keluarga dan tidak mahu orang salah anggap kata saya tak ada duit nak minta simpati daripada mana-mana pihak” kata Bienda kepada mStar Online.

Bienda ditemui ketika di pertujukan fesyen Clarissa X Bienda dan pelancaran video muzik lagu terbarunya, Jaga Hati di The Glass Suite, BoraOmbak, di sini pada Khamis.

Tambah Bienda lagi, majlis pernikahan mereka telah berlangsung di masjid bersebelahan rumah ibunya di Gombak dan bukanlah di Thailand seperti yang diperkatakan.

“Kelakar apabila ada pihak cakap yang saya rahsiakan pernikahan sebab kahwin lari dekat Thailand. Sedangkan saya nikah di masjid sebelah rumah ibu di Gombak,” ujarnya.

Sebelum ini, Bienda mengambil keputusan untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai majlis akad nikahnya menyebabkan timbul pelbagai spekulasi.

Bienda dan suaminya dikurniakan dua orang perempuan bernama Lavienda Namiraz, 6, dan Laxiendra Namiraz yang kini berusia 4 tahun.

Dalam pada itu, penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu Penantian ini teruja dapat melancarkan lagu terbaru, Jaga Hati selepas kecewa dengan album yang diterbitkan pada 2009 apabila ia tidak menjadi.

Malah, menurutnya lagu tersebut telah pun disiapkan setahun yang lalu namun terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk dilancarkan.

“Saya pernah kecewa sangat apabila album saya Kenaliku pada 2009 tidak menjadi. Tak tahu kenapa tapi memang boleh dikatakan album tersebut gagal berada di pasaran.

“Jadi, kali ini saya berharap sangat dengan kelainan lagu terbaru Jaga Hati ini dapat menarik hati pendengar masa kini.

“Sebenarnya lagu ciptaan DJ Fuzz ini dah lama disiapkan sejak setahun yang lalu namun banyak halangan kecil menyebabkan saya terpaksa mencari masa yang sesuai untuk dilancarkan,” katanya.

Wajah Terkini Bienda Dan anaknya :

❤️السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Syukur Alhamdulillah 🙏 . Allah ‘Azzawajalla Berfirman, وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ . “Wahai Manusia, Kami Akan Menguji Kalian Dengan Kesempitan Dan Kenikmatan, Untuk Menguji Iman Kalian. Dan Hanya Kepada Kamilah Kalian Akan Kembali” (QS. Al-Anbiya: 35). . “Setiap Insan Pasti Pernah Merasakan Suka Dan Duka. Oleh Karena Itu, Jadikanlah Sukamu Adalah Syukur Dan Dukamu Adalah Sabar.” . Happy MONDAY ❤️ And Happy Working Too 😎😂 . . @biendalovers #JagaHati #BiendaJagaHati #LoveOfMyLife #BiendaLovers💋

A post shared by FC IG : @BiendaLovers 💋 (@biendalavienda) on

❤️السلام عليكم و رحمة الله و بركاته . مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ” . “Barang Siapa Memperbanyak Istighfar; Nescaya Allah Memberikan Jalan Keluar Bagi Setiap Kesedihannya, Kelapangan Untuk Setiap Kesempitannya Dan Rezeki Dari Arah Yang Tidak Disangka-Sangka” HR. Ahmad Dari Ibnu Abbas. . Maka Beristighfarlah Yang Diajar Oleh Rasulullah Saw ; Yang Paling Ringkas, أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ . . @biendalovers #Bienda #BiendaLavienda #DoaYangBaikBaik #Istighfar #SyukurSelalu #BiendaLovers💋

A post shared by FC IG : @BiendaLovers 💋 (@biendalavienda) on

السَّلاَمُ عَلَيْكُم  وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan Nabi, dan bukan pula Syuhada. Tetapi para Nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka" . Seorang Sahabat bertanya : . "Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka yang dimaksudkan itu? Agar kami dapat turut mencintai mereka" .. ujar para sahabat. . Lalu Rasulullah SAW menjawab : . “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi karena Allah SWT Tanpa adanya hubungan darah, keluarga dan Nasab di antara mereka… . Demi Allah, wajah-wajah mereka pada hari itu BERSINAR bagaikan CAHAYA di atas mimbar-mimbar dari cahaya. . Mereka tidak takut di saat manusia takut, dan mereka tidak sedih di saat manusia sedih (HR. Abu Dawud) . Sedikit pencerahan tentang persatuan, persahabatan dan persaudaraan…. . Semoga tali Silaturrahim, persahabatan dan persaudaraan kita Di Sini, termasuk ke dalam golongan yg di Ridhai serta diberkahi oleh Allah SWT.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin. . Apapun status sosialmu, betapa tinggi pun kedudukanmu dalam karier dan kehidupanmu.. Namun, kau tetaplah manusia biasa yang tak luput dari khilaf, salah dan dosa di hadapan Tuhanmu dan juga manusia-manusia lain.. yang kelak akan dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikuburkan oleh orang lain… . “Jagalah selalu tali silaturrahim dan hubungan baik pada sesamamu" . بَارَكَ اللّهُ فِيكُم . وبالله التوقيق . السَّلاَمُ عَلَيْكُم  وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . . Part 2 ❤️ Jazakillahu Khair Adikku @arnessaabdullah Utk Perkongsian Ini ❤️ It’s From Beautiful Heart 😘 . . @biendalovers #HappyWorking #SharingIsCaring #DoaYangBaikBaik #PositiveVibes #BiendaLovers💋

A post shared by FC IG : @BiendaLovers 💋 (@biendalavienda) on

SELAMAT HARI LAHIR SYURGAKU ❤️🎂❤️ . Terima Kasih Mak (Ibu Mertuaku) Yg Bersusah Payah Mengandungkn Selama 9 Bulan,Bersusah Payah Melahirkn,Membesarkan Serta Mendidik Anak Mak Menjadi Seorg HambaNya Yg Soleh ,Imam,Anak,Suami & Walid Yg Baik Buat Kita Sekeluarga ❤️🙏🏻 . Selamat Hari Lahir Sayangku❤️ Syukur Alhamdulillah… ALLAH SWT Panjangkan UmurMu Hingga Ke Saat Ini.Semoga Di Hari LahirMu Syg,U Akn Sentiasa Di Lindungi,Di Jauhkn Dari Segala Keburukan,Fitnah Dan Dari Perkara2 Yg Tidak Baik.Semoga U Akn Sentiasa Membimbing Kita Sekeluarga Ke Jalan ALLAH SWT.Mudah2an Di Berikan Kesihatan Yg Baik Supaya Kita Dapat Melaksanakn Tanggungjawab Kita Kpd Allah SWT,Ibu Bapa ,Anak2 Dan Org2 Yg Berada Dalam Kesusahan.Mudah2an Juga U Sentiasa Di Murahkn Rezeki & Berjaya Dalam Apa Yg U Inginkn Di Dunia Dan Akhirat.Doa I Sentiasa Ada Bersama U 😍❤️ I LOVE YOU SO MUCH 😘 . Dalam Byk2 Pic Romantik Yg I Pilih,I Rasa Inilah Tempat & Kenangan Yg Terbaik Buat Kita… So Ini Pic Throwback K,Mudah2an Semua Buat Semua Kesayangan Bienda Boleh Sama2 Mendoakn Yg Baik2 Utk Suami Bienda ❤️🙏 . Jazakumullahu Khair 😍🙏 . . @biendalovers #BirthdayBoy #SannahHelwah #LoveOfMyLife #Syurgaku #ImamKu #Cinta #ThrowbackPic #Umrah2017

A post shared by FC IG : @BiendaLovers 💋 (@biendalavienda) on

SYAFAKILLAHU KHAIR Anakku 😢 Jazakumullahu Khair Buat Semua Yg Mendoakn Kesihatan Anakanda Sy Sebelum Nie. 🙏 . Alhamdulillah… Lavienda Dah Semakin Pulih,Skrg Laxiendra Yg Baru Sakit… Penyakit Yg Mudah Berjangkit 😢 Dah Kuarantin Kakak,Ada Waktu Masing2 Mencari,Memeluk Sebab Rindu Katanya. . Ini Pengalaman Pertama Sy Melalui Dn Jaga Anak2 Yg Sakit Dan Kena Penyakit Berjangkit… Sedih & Pilunya Rasa Bila Tgk Anak2 Sakit.Tak Ada Daya Dan Upaya Nak Buat Apa Bila Di Serang Demam Panas Mengejut… Apapun.. Sy Mohon Jg Jasa Baik Dari Anda Semua Utk Mendoakan Anak2 Sy Supaya Cepat Sembuh 🙏 . اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا . Ya Allah… Wahai Tuhan Segala Manusia, Hilangkanlah Penyakitnya, Sembukanlah Ia. (Hanya) Engkaulah Yang Dapat Menyembuhkannya, Tidak Ada Kesembuhan Melainkan Kesembuhan DariMu, Kesembuhan Yang Tidak Kambuh Lagi. . Semoga Cepat Sembuh Anakku Lavienda Namiraz & Lavienda Namiraz 😭❤️🙏

A post shared by FC IG : @BiendaLovers 💋 (@biendalavienda) on

❤️السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ . . وَعَيْنُ الرِّضَا عَنْ كُلِّ عَيْبٍ كَلِيْلَة وَلَكِن عَيْنَ السُّخْطِ تُبْدِي الْمَسَاوِيَا . “Mata Orang Yang Senang Tidak Melihat Aib Yang Di Senanginya, Tapi Mata Yang Benci Selalu Memperhatikan Kejelekannya.” . Setiap Manusia Ada Kelebihan & Kekurangannya… Lengkapilah Kelemahan Pasangan Atau Insan2 Yg Kita Sayangi Dgn Kebaikan Ataupun Kelebihan Kita.Hargailah Mereka Ketika Mereka Masih Ada Di Dunia Ini,Usah Buang Masa Hidup Dalam Kesedihan.Mulakan Hari Anda & Kehidupan Anda Dgn Senyuman & Keceriaan. Berdoalah Utk Mereka Supaya Terus Di Berikan Hidayah.Kata2 Adalah Doa,Fikirlah Yang Baik2 Dan Ucapkanlah Yg Baik2 Supaya Ia Menjadi BAIK ❤️ . Jaga Mata, JAGA HATI ❤️

A post shared by FC IG : @BiendaLovers 💋 (@biendalavienda) on

Sumber : http://www.mstar.com

Bienda remajakan diri

Minat terhadap dunia nyanyian tidak pernah padam dalam diri Bienda malah, dia berasakan cabang seni itu sudah sebati dengannya.

Walaupun pernah terdetik rasa ingin berhenti ekoran kegagalan album kedua sembilan tahun lalu, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, tidak menjadikan ia sebagai halangan utama.

Menurut Bienda, pembabitannya sebagai penyampai radio di Manis FM selama lebih setahun memberi semangat baru untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian.

Secara perlahan-lahan Bienda yang popular menerusi lagu Penantian pada 2004 mengkaji aliran muzik yang sesuai dirakam seterusnya boleh diterima baik peminat.

“Album Bienda Kenaliku pada 2009 gagal di pasaran. Album itu saya terbitkan sendiri menggunakan wang simpanan. Memang saya sangat kecewa kerana ia tidak mendapat sambutan.

“Pada masa sama, stesen radio pula ‘demand’ dan semua lagu dalam album itu tidak mendapat sokongan stesen radio tempatan. Saya ada juga minta tolong rakan penyampai yang sudah kenal lama, tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya juga buat sendiri promosi lagu ini.

“Mengenangkan layanan diberikan, saya berasa sangat sedih. Sejak itu, saya merajuk daripada industri muzik. Selama bertahun lamanya, saya senyap. Malah pernah terdetik rasa nak berhenti,” katanya.

Bienda berkata, walau apa jua cabang seni dilakukan seperti pengacaraan dan lakonan, nyanyian tetap utuh dan seakan-akan menjadi jati diri.

Disebabkan itu, Bienda memberanikan diri semula dengan muncul dengan single baru berjudul Jaga Hati.

Berbeza daripada genre sebelum ini iaitu world music, lagu ciptaan Dj Fuzz itu menyaksikan perubahan sepenuhnya muzik Bienda.

“Kalau dengar lagu ini memang tak masuk akal dengan muzik saya sebelum ini. Pendek kata, lagu ini bukan identiti diri saya.

“Namun, selepas melakukan kajian sepanjang bekerja di radio, saya berasakan muzik sebegini sangat dekat dengan peminat. Malah, atas cadangan KC Ismail dia menyarankan saya berjumpa DJ Fuzz.

“DJ Fuzz memberikan dua lagu dan saya memilih lagu ini. Alhamdulillah, selepas siap sepenuhnya saya sangat berpuas hati. Saya akur dengan trend muzik sekarang dan terpaksa meremajakan diri dari segi lagu,” katanya.

Ditanya kenapa tidak memilih genre balada seperti kebanyakan penyanyi baru sekarang, Bienda mengakui dia bukan penyanyi yang bagus untuk genre itu.

“Saya boleh menyanyi, tapi tidak mahu susahkan diri. Saya ambil jalan tengah yang mana lagu kena ikut kesesuaian suara dan kemampuan diri.

“Dalam perkara ini, saya sedar diri dan ruang. Saya tidak mahu melakukan sesuatu yang akhirnya sia-sia,” katanya.

Pada masa sama, Bienda juga meluahkan keinginan untuk bekerjasama semula dengan Yassin, komposer yang berjaya mengangkat namanya selepas keluar dari kumpulan nasyid Solehah.

“Saya tidak mahu terhenti setakat lagu ini. Kalau boleh, saya ingin terus berkarya. Insya -Allah jika ada rezeki, saya nak bekerjasama semula dengan Yassin seperti dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bienda yang dilantik menjadi ‘muse’ koleksi Aidilfitri jenama, Carissa turut melancarkan muzik video rasmi lagu itu.

Istimewanya juga, muzik video yang menjalani penggambaran di Lombok, Indonesia itu ditaja sepenuhnya pihak Carissa.

“Ilham video muzik ini daripada beberapa video muzik lagu Justin Bieber. Video muzik lagu ini memaparkan kisah perhubungan dengan orang terdekat.

“Pada masa sama, saya turut menggayakan dua koleksi Aidilfitri jenama ini dalam video muzik ini. Ia bersesuaian dengan jalan cerita,” katanya.

sumber :https://www.hmetro.com.my