Berikut 7 Kisah Benar Anak Manusia Yang Hidup Dan Membesar Bersama Haiwan Liar!!

 

Kisah fiksyen Tarzan dimana anak kecil yang dibesarkan oleh sekelompok monyet memang sangat popular.

Tapi ternyata di dunia nyata, ada beberapa kes anak manusia yang hidup dan membesar bersama haiwan liar.

Berikut 7 kisah benar anak-anak yang dibesarkan haiwan liar, dilaporkan dari Boldsky.com.

1. Marina


Pada tahun 1954, seorang gadis berusia empat tahun bernama Marina Chapman diculik dan dibuang ke hutan oleh rombongan Kolombia.

Dia kemudian membesar di kalangan monyet dan memakan buah beri, akar dan pisang.

Dia bahkan tidur di dahan pepohonan dan berjalan bersandar di tangan dan kakinya seperti monyet.

Dia tinggal di sini selamalebih kurang lima tahun sehingga dia diselamatkan oleh pemburu.

Dia memulihkan kemampuan berbicara dan setelah beberapa tahun, dia bahkan menggambarkan kisah hidupnya dalam buku berjudul “A Girl Without a Name”.

2. Bello


Bello baru berumur enam bulan ketika dia ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Dia ditangkap oleh seekor Chimpanzee.

Rupanya, kanak-kanak tersebut memiliki kelainan bentuk fizikal dengan bahu kanan yang melengkung, dada berlubang dan bahkan dahi yang cacat.

Budak lelaki itu dijupai sekitar dua tahun kemudian.

3. Dina Sanichar


Seorang budak lelaki bernama ‘Dina Sanichar’ diseret keluar dari lubang serigala pada tahun 1867.

Ketika itu dia berusia sekitar 6 tahun. DIa ditemukan di hutan Bulandshahr, India.

Pada hari-hari awal pemulihannya, dia berkelakuan seperti binatang buas.

Dia merobek pakaian, makan makanan dari tanah dan berlari laju dengan merangkak, bahkan makan daging mentah!

Tapi petugas penjagaan tidak boleh mengajarinya bagaimana bercakap walaupun setelah bertahun-tahun .

Sepanjang hidupnya, semua yang telah dia pelajari adalah berdiri tegak dan berpakaian.

4. Rama


Rama seorang budak lelaki India yang berumur lima tahun ketika dijumpai di hutan dan dibesarkan oleh serigala.

Dia telah mengasah gigi, kuku panjang seperti cakar, dan siku yang kaku, lutut dan telapak tangan. Setelah dia diselamatkan, dia masih suka memburu ayam

Tetapi tidak seperti Dina Sanichar, dia belajar untuk berenang dan juga berpakaiandi bawah pengawasan kejururawatan, tetapi malangnya dia tidak dapat bercakap.

5. John Szebunya


John Szebunya tinggal di hutan Afrika selama tiga tahun.

Ternyata, dia berada di hutan selepas ibu bapanya terbunuh dalam rusuhan di Uganda.

Dia diterima oleh monyet dan dibesarkan oleh mereka.

Dia makan seperti monyet sehingga dia diselamatkan oleh penduduk kampung.

Semasa fasa pemulihan, John diletakkan di tempat perlindungan, di mana dia belajar untuk bercakap, dan bahkan mula bernyanyi .

6. Traian Caldarar


Traian Caldarar merupakan budak lelaki yang dijumpai hidup bersama Anjing di Rumania.

Ketika dia diselamatkan, dia hampir tidak hidup, dan dia menderita kekurangan gizi, dan sirkulasi darah yang rosak.

Rupanya, dia ditemukan berdekatan mayat seekor anjing yang sedang dimakannya . Ketika dia lapar dia akan menjadi agresif bahkan menggeram.

Dia juga lebih suka tidur di bawah tempat tidur pada awalnya, tapi setelah dua bulan diberi perawatan, dia boleh bersosial namun dia tidak boleh bercakap banyak, kecuali beberapa perkataan.

7. Gadis Mowgli


Seorang budak perempuan berusia 8 tahun yang dijumpai di hutan.

Dia dinobatkan sebagai ‘Ehsaas’ atau lebih dikenal dengan sebutan “Mowgli Girl.”

Dia dibesarkan monyet di daerah India Katarniaghat.

Dia berjalan seperti monyet dan tidak bercakap dengan siapa pun.

Dia makan dari tanah dengan mulut dan tidak menggunakan tangannya.

Meskipun dia sudah pulih, dia masih keras kepala dan terus berkelakuan seperti monyet.

sumber : http://suara.tv