Ingatkan Ada Penyangak, Rupa-rupanya PELAKON Izreen Azminda Terima Kejutan Di Depan Pintu!

PELAKON Izreen Azminda terkejut apabila menerima sejambak bunga ros pemberian suami tercinta, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, petang tadi.

Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam, 33, berkata kejutan dibuat suaminya itu dianggap romantik, apatah lagi ia adalah kali pertama dirinya mendapat bunga daripada lelaki.

“Allahuakbar, ingatkan ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak merompak takkan tekan loceng pula kan.

“Buka pintu terus nampak bunga. Tidak sangka pula orang itu (suami) seromantik ini. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.

“Kalau berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga),” tulisnya menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam nada berseloroh, Izreen berkata, dia berasa seperti heroin dalam drama 688 episod.

“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya.

Izreen dan Radzi yang juga pemuzik bebas bernikah pada 8 Ogos tahun lalu.

Izreen Azminda Aznam (lahir pada 30 Ogos 1985) atau lebih popular sebagai Izreen Azminda (Jawi: ازرين عزميندا) merupakan pelakon, pelawak dan pengacara tv dari Malaysia. Beliau pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja dan telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.

Izreen dilahirkan pada 30 Ogos 1985 dan berasal dari Kangar, Perlis. Beliau mempunyai Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Pada tahun 2012, Izreen telah bernikah dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Muhamad Riza[3][4] namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada tahun 2014, Izreen sah bercerai dengan suami beliau. Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar.

Beliau merupakan pengacara bagi rancangan Mahligai Cinta Musim Ketiga [11] dan rancangan Layar Kasih di TVi dan RTM.

Izreen juga merupakan antara 10 peserta rancangan Gempak Superstar yang bermula pada April 2016. Namun, tersingkir pada minggu keempat bersama Raja Ilya. Sebelum ini, Izreen pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Intan Ladyana, Scha Al-Yahya, Zara Zya.

Sumber foto : instagram izreen azminda

sumber : https://www.hmetro.com.my

via https://ms.m.wikipedia.org/wiki