‘Jangan Sesekali Pandai-Pandai Komen, Takut Nanti Terkena Batang Hidung Sendiri’- Luah Anuar Zain!

Semua sedia maklum bahawa Mac lalu suami kepada penyanyi, Ziana Zain telah ditahan kerana didakwa mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu. Perkara itu sedikit sebanyak telah memberi tempias kepada adik Ziana, iaitu Anuar Zain. Tetapi bagi Anuar, rasanya lebih baik untuk tidak masuk campur dalam hal rumah tangga kakaknya.

Walaubagaimanapun, sebagai adik Anuar akan tetap beri sokongan penuh apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh kakaknya.


Sentiasa beri sokongan kepada Ziana

Anuar Zain berkata dia tiada hak untuk memberi pendapat mengenai isu yang terjadi diantara Ziana dan suami, Armin Zaharin Ahmad Zamri. Tetapi sebagai ahli keluarga, mereka akan sentiasa dibelakang memberi sokongan dan pertolongan apa yang perlu demi meringankan beban Ziana.

Sebenarnya, saya tidak boleh komen apa-apa kerana perkara ini sudah menjadi kes mahkamah. Saya takut prejudis.

Tetapi, sebagai adik saya sentiasa menyokong kakak saya dan apa juga keputusan dia. Keluarga tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Saya dan keluarga menyokong apa saja keputusan yang dibuat Ziana, tetapi saya tetap hormat Armin sebagai abang ipar walau apa sekalipun yang berlaku selepas ini.

Minta isu kakak jangan jadi bualan netizen

Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Lelaki Ini’ tidak ingin menuding jari menyalahkan sesiapa, malah sebagai insan paling dekat dalam hidup Ziana, Anuar akan terus memberi sokongan fizikal dan mental kepada kakaknya.

Tambah Anuar lagi, dia berharap supaya netizen tidak memberi sebarang komen, takut nanti suatu hari perkara itu akan terkena pada batang hidung sendiri.

Orang luar tidak tahu apa yang berlaku. Jadi, saya minta netizen di luar sana tidak komen apa-apa, takut nanti suatu hari perkara itu berbalik kepada diri.

Jangan sesekali pandai-pandai komen sebab takut nanti terkena batang hidung sendiri.

Doakan yang baik-baik untuk mereka berdua kerana apapun kesudahannya, kami sekeluarga terima. Alhamdulillah, kakak saya gembira sekarang dan keluarga sangat menyokong dia.

Sumber: Berita Harian

Kredit :http://ohbulan.com

‘Jangan buat andaian sekiranya tidak alami apa saya lalui,’ luah Ziana Zain

Penyanyi ‘Madah Berhelah’, Ziana meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian sekiranya tidak alami apa yang dia lalui. -Foto Instagram @iamzianazin

SELEPAS dihambat ujian rumah tangga, penyanyi lagu, Ziana Zain meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian sekiranya tidak pernah mengalami apa yang dia lalui.

Ziana meluah isi hatinya itu menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, hari ini.
Dalam pada itu, selebriti tersebut turut mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari netizen terhadap kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Selain itu, status Ziana di IG peribadinya menerima 608 komen selain 13,544 likes.

Terdahulu, suami Ziana, Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret selepas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada 25 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

‘Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak’ – Ziana Zain

Sumber : http://www.astroawani.com