Inilah Pesanan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Kepada Anwar Ibrahim Yang Rakyat Wajib Tahu!!

Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah berpesan kepada Anwar Ibrahim :

“ Anwar, kamu boleh maafkan orang yang menzalimi kamu, dan orang yang pukul kamu. Tapi kamu kena ingat, ini jadi pengajaran. Esok kalau Allah takdirkan kamu perintah, kamu kena ingat apa erti kezaliman. Apa erti sakit dipukul walaupun kamu tak salah.”

“ Apa erti kamu dizalimi dan dipenjara padahal kamu difitnah. Apa rasa sengsara Azizah dan anak-anak. Apa erti rasa kamu derita, dizalimi bertahun-tahun. Apa pengajarannnya. Kamu kena ingat ini bukan soal Anwar.”

“ Anwar, tidak banyak orang lalui seperti kamu. Pemangku Perdana Menteri sudah, bintang di baju dah penuh dah. Kalau Anwar ditakdirkan memimpin, maka Anwar kena pastikan jangan ada seorang pun rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti yang kamu rasa.”

Kamu mesti pastikan bila kamu ada kuasa, kamu kenang nasib mereka setiap rakyat ini, kerana tidak ramai orang yang rasa macam apa yang kamu rasa. Jaga mereka seperti anak-anak kamu sendiri. Maka insyaAllah kamu akan jadi pemimpin yang baik.”

Koleksi Gambar Almarhum Tok Guru Nik Aziz Bersama Anwar Ibrahim

7 Mutiara Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

1 . ” Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah ”

2 . ” Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas ”

3 . ” Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil “

4 . ” Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen ”

5 . ” Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka ”

6 . ” Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar ”

7 . ” Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup ”

Semoga rohnya Allahyarham Tok guru sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .

Related image

Al-Fatihah,
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 – 2015 )

KREDIT : http://tambahkeju.com

Via http://www.ohmydakwah.com