“Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. Tak perlu nak menghukum..”- DIRA LUAH RASA KECEWA

“YAB Datuk Seri Najib, saya harap Datuk Seri Najib berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. Walau yang dicanang kini hanya keburukan semata-mata, tapi saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yang baik di sebaliknya.

“Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala. Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik kita semata,” ujar pelakon Dira Abu Zahar.

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila terdapat golongan dalam masyarakat melemparkan penghinaan dan bercakap buruk mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 34, menerusi Instagram miliknya berkata, dia percaya setiap yang berlaku pasti ada kebaikan di sebaliknya.

Dira yang juga exco Puteri Umno berkata, setiap perkara yang baik perlu dijadikan tauladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan. Dia juga meminta orang ramai tidak terus menghukum bekas perdana menteri itu tanpa belas kasihan.

Tambah pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu lagi, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Dia juga berjanji untuk terus memperjuangkan parti Umno dengan semangat baharu bersama atau tanpa presidennya.

“Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dgn semangat yg lebih progresif, with or without u sir. Insyallah, kami takkan persiakan amanat DS. Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga,” tulisnya.

Khaidhirah binti Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984)[nota 1] merupakan seorang pelakon, pengacara dan ahli politik Malaysia dan merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.

Beliau dilahirkan sebagai Khaidiriah binti Abu Zahar pada 2 Mac 1984 di Merlimau, Melaka, anak kepada mantan Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin. Dira memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, dan mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Kerjaya Sunting

Televisyen dan filem Sunting
Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi. Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Seratus Harijadi, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Beliau pernah berlakon dalam filem My Indie Rock Darling.

Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda.[2] Beliau juga turut terbabit dalam penulisan skrip seperti untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV AlHijrah.[3] Dira pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro.[4]

Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai. Dira membintangi bersama Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang, yang ditayangkan pada Mac 2017.

Sutradara Sunting
Dira menduduki kerusi pengarah dengan mengarahkan pementasan teater Mencari Sumaiyah yang memulakan pementasannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 8 hingga 14 Ogos 2016.

Beliau juga mengarahkan drama sitkom untuk Astro Warna, 3 Dara Kg.com yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Marsha Londoh dan Eina Azman.

Politik Sunting
Mengikut jejah langkah bapanya, bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin menceburi bidang politik, Dira menyertai Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exconya sejak 10 September 2015. Pelantikannya dibuat semasa mesyuarat sayap UMNO itu di Menara Dato’ Onn yang dipengerusikan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, Naibnya, Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan EXCO.

Pada 24 Ogos 2013, Dira menyerahkan borang keahlian Puteri UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron. Beliau dipetik dari Utusan Malaysia sebagai berkata: “Saya hendak buat banyak perkara untuk parti sebab saya melihat bagaimana perjuangan mak dan ayah dalam parti dan atas semangat mereka saya berasa terpanggil menyertai Puteri,”.

Kehidupan peribadi Sunting

Dira pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (kini berkahwin dengan Sherie Merlis) pada 2007, tetapi mereka kini telahpun berpisah pada 2010. Dira kemudian telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Mohd Helmi Mohd Yusof, dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013. Beliau mempunyai seorang anak Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah.

Bapanya, Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 jam 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.[11][12] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Dira berkata selepas bapanya meninggal, beliau kerap pulang ke kampung bagi menemani ibunya, Khalijah.

www.myartis.com / Sumber: mStar & Dira Abu Zahar IG

kredit : http://paduseyh.com

via

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dira_Abu_Zahar