Akhirnya! Kucupan Mesra Seorang Suami Kepada Isterinya Buat Semua Yang Melihatnya Tersentuh!

Tidak dapat digambarkan perasaan Isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah bila suami beliau akhirnya bebas dan boleh pulang ke rumah buat pertama kalinya selepas bertahun lamanya. Wan Azizah ini patut dijadikan contoh antara isteri solehah yang taat kepada suaminya. Dia menjaga diri dan keluarganya dengan baik. Sekarang separuh tugas dia menjadi ketua keluarga boleh diserahkan kembali kepada suami dan ayah kepada anak anak mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘Tidak sia-sia, perjuangan 20 tahun yang berbaloi’ – Wan Azizah

KUALA LUMPUR: ‘Saat yang amat menyentuh perasaan’, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Secara peribadinya, Presiden PKR itu memberitahu, selain kemenangan Pakatan Harapan, ia menyentuh perasaan apabila negara menuju era baharu hampir dengan hari pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini.

Malah pembentukan kerajaan baharu Malaysia ini juga ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila perjuangan hampir 20 tahun lalu berbaloi.

“Ini menandakan bermulanya era baharu Malaysia untuk masa hadapan yang lebih baik buat kita semua.
Sememangnya itulah yang apa kita harapkan selepas 20 tahun kami berusaha akhirnya ia menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Pembentukan kerajaan baharu Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ia turut dihadiri pemimpin utama PH iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dihadiri pemimpin utama PH iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Mesyuarat Majlis Tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dihadiri pemimpin utama PH iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Bagaimanapun, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana menghadap Sultan Johor bagi pelantikan Menteri Besar Johor.

Dalam sidang media malam tadi, Perdana Menteri memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan Pengampunan Diraja kepada Anwar.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara bermula Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

SUMBER : ASTRO AWANI

VIDEO PENUH

 

PERJALANAN KE ISTANA

Anwar kini ‘bersih’ tanpa rekod jenayah

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau dibebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Petuan Agong, Sultan Muhammad V.

Jelas Anwar, dengan pengampunan itu segala rekod jenayah lampau beliau terpadam secara automatik.

“Saya nak jelaskan satu perkara berkaitan kebebasan ini. Kita tak mohon keampunan kerana kesalahan disabitkan tetapi kita tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut sebagai perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan.
“Jadi prinsip ini yang diterima Yang di-Pertuan Agong dan membebaskan saya serta membersihkan sama sekali semua rekod sebelum ini,” katanya pada sidang media di kediamannya sebaik tiba dari Istana Negara, sebentar tadi.

Malah, Anwar berkata beliau juga tidak perlu menandatangani dokumen tamat tempoh hukuman dari Penjara Sungai Buloh.

“Tadi pengarah sungai buloh dan kakitangan temui saya untuk memaklumkan secara rasmi bahawa saya tak perlu tandatangan apa-apa kerana saya dibersihkan sama sekali daripada segala pertuduhan dan hukuman,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Anwar maafkan Tun M, Najib

Anwar memberi kucupan mesra kepada isteri kesayangannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kediaman mereka di Bukit Segambut, Rabu.

Beberapa jam selepas dibebaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka bukan sahaja mengakui telah memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi juga Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umum PKR itu berkata, beliau kini mahu meneruskan kehidupannya dan menghargai kebebasan penuh yang diperkenankan Yang Di-pertuan Agong.

“Jika melibatkan hal peribadi, saya telah maafkan dia (Najib), tetapi dia perlu jawab sebarang isu mengenai pertuduhan rasuah terhadapnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, di ibu negara, Rabu.

Ketika menjawab soalan mengenai kerjasamanya dengan Dr Mahathir, beliau berkata, beliau mengutamakan kepentingan negara lebih daripada perkara lain.

“Memang ramai yang bertanya, ramai yang ingin tahu mengenai kerjasama saya dengan Tun (Mahathir) dan saya telah maafkan Tun.
“Melihat pengorbanannya dan usaha beliau yang membawa kepada kebebasan saya, serta sokongan kepada agenda reformasi, ia umpama deja vu,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

DARI MEDIA MANA WARTAWAN BERTUAH YANG BERJAYA MENANYAKAN SOALAN PERTAMA KEPADA ANWAR IBRAHIM?

lihat pada minit 4:00
Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjawab soalan wartawan dan media yang dia pilih adalah dari wakil TV3. Beliau secara berseloroh menyatakan “nampak soalan pertama saya bagi pada TV3” dan ketika itu ramai ketawa. Ini munkin disebabkan isu kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada TV3 diatas fitnah terhadap beliau tentang kes Tragedi Lahad Datu dulu. Beliau memenangi saman tersebut dan mahkamah mengarahkan TV3 untuk membayar sebanyak RM1.1 Juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Youtube Kredit: TV Selangor

SUMBER : BuletinNetizen