Johan As’ari Dedah Siapa Fattah Amin Sebenarnya, Buat Netizen Teruja Bila Mengetahuinya!!

Pelakon Johan Ariff baru-baru ini kerkongsi satu rahsia melalui Insta Story beliau memaklumkan bahawa malam berkenaan merupakan sesi pengambaran pelakon Fattah Amin dalam filem Mat Kilau.

Menariknya sewaktu Johan di dalam rakaman video berkenaan, tersalah menyebut nama Fattah Amin kepada Fattah Alim, dan akhirnya mendedahkan rahsia Fattah yang tidak pernah didedahkan oleh sesiapa pun, malah isterinya sendiri, Fazura.

“Eh, Fattah Alim pulak! Dia memang alim, Fattah Amin dia baca surah al Mulk lagi sedap dari Johan.

Semalam ke dua hari lepas Fattah Amin pandai mengaji al Quran tahu,”ujar Johan dalam video berkenaan.

Kalau takut berjuang..bukan Melayu namanya.. -Awang- #MatKilau

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Netizen kebanyakannya terlalu teruja mendengarkan ‘rahsia’ berkenaan, malah ada juga yang memuji Fattah dan Johan yang selalu berbicara akan perkara yang baik-baik.
Untuk pengetahuan korang, Fattah Amin dan Johan As’ari adalah partner lakonan di dalam filem terbaru, Mat Kilau. Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusoff dan turut menampilkan barisan pelakon lain yang hebat seperti Adi Putra (Mat Kilau), Namron, Nadiya Nisa dan Datuk Rahim Razali.

Filem ini menelan belanja RM5 juta dan telah memulakan penggambaran semenjak 1 April di sekitar Perak, Pahang dan Kuala Lumpur.
Filem ini diterbitkan oleh Studio Kembara dengan kerjasama Skop Production Sdn. Bhd.

 

Sumber: Instagram Fazura VIa Encik Papa

kredit : http://matbawang.com