Terkini! Tun Dr Mahathir Mohamad Kotakan Janji Dalam Manifesto Buat Rakyat Gembira!!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan seperti mana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menurutnya, beliau telah mengeluarkan arahan supaya kerajaan tidak lagi mengutip GST.

“Kita akan bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan.

Kerajaan sebelum dah pungut lebih daripada yang dibayar dalam cukai GST,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beberapa undang-undang distruktur semula termasuk Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, akta berkaitan kebebasan media dan berucap, akta berkaitan keselamatan kebangsaan dan beberapa akta lain.

AKAN MENYUSUL

sumber : http://www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

GST akan dihapuskan – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan menunaikan janjinya untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas membentuk kerajaan persekutuan.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikembalikan semula untuk menggantikan GST.

“Tidak ada pengunduran (GST), ia adalah pembatalan, kita tidak memerlukannya, kita kembali kepada cukai jualan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

GST sebanyak enam peratus di Malaysia diperkenalkan pada 1 April 2015 untuk menggantikan SST.

Pakatan dalam usaha mereka ke Putrajaya menyatakan bahawa cukai itu telah menyebabkan kos sara hidup di Malaysia meningkat.

Mengenai perdagangan dan pelaburan Malaysia dengan China, Mahathir berkata, mereka perlu mengkaji semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Seperti yang anda ketahui, China mempunyai pengalaman yang lama dalam menangani perjanjian yang tidak adil dan China menyelesaikannya dengan rundingan semula, jadi kita rasa kita berhak untuk mengkaji semula dan jika perlu kita akan merundingkan semula terma-terma terbabit.

“Apa yang membimbangkan kita adalah jumlah wang yang dipinjam oleh kerajaan (BN) sebanyak RM55 bilion hanya untuk Laluan Keretapi Pantai Timur dan banyak pinjaman lain yang akan membebankan negara,” katanya.

Menurutnya, kerajaan yang bertanggungjawab harus cuba mengurangkan jumlah pinjaman, kalau tidak negara akan berada dalam keadaan tidak baik.

Menyentuh mengenai inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), Mahathir berkata, gabungan itu tidak mempunyai masalah dengannya, kecuali Malaysia tidak suka melihat terlalu banyak kapal perang di rantau ini.

BRI, idea pembangunan mega yang dicadangkan China pada 2013 ialah rangkaian infrastruktur pelbagai dimensi merangkumi laluan pengangkutan darat, laut dan udara serta disokong projek jalan kereta api, pelabuhan dan saluran gas. – K! ONLINE

sumber : http://www.kosmo.com.my