Nazim Othman Luah Isi Hati, Kongsi Gambar Terakhir Sebelum Berpisah Buat Ramai Tersentuh!

Sehingga ke hari ini, mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah punca berlakunya perpisahan antara Bella Dally dan Nazim Othman. Namun, pasangan ini mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri tanpa mendedahkan punca sebenar.

Nazim Othman menerusi Instagram berkongsi gambar semasa mereka menghabiskan masa terakhir bersama-sama. Menurut Nazim, pada hari tersebut mereka bercakap dari hati ke hati sebelum mengambil keputusan berpisah.

Gambar sehari sebelum failkan penceraian

It’s hard, it’s heartbreaking

Gambar ini diambil pada hari kami menghabiskan 6 jam bercakap dari hati ke hati berkenaan perpisahan ini. Sehari sebelum saya terbang ke Kota Kinabalu untuk failkan kes. Gelak tawa, air mata dan punca, semuanya biarlah kami simpan antara kami sahaja. Kami menerima ketentuan dengan hati yang terbuka dan bersetuju untuk tidak mensensasikan perkara ini kepada umum.

Kuncinya adalah redha. Kami sangat menghargai segala nasihat yang diberikan namun kami mengikut ‘jalan’ yang telah diberikanNya ini melalui istikarah. Ianya payah dan menyakitkan tapi kami percaya Dia hanya menguji hambaNya sesuai dengan keupayaannya. Kami juga percaya ini adalah yang terbaik buat kami. Apa-apapun Dia adalah sebaik-baik perancang. Oleh itu, sekarang kami termasuklah anda semua perlulah menjalani hidup dengan tenang dan positif. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Selamat berpuasa.

Sumber : @nazimothman

‘Mesti Nazim Rindu Bella Sangat’ – Komen Nazim Othman Buat Netizen Tersentuh, Doa Kembali Bersatu

Berita perpisahan yang diumumkan Nazim Othman dan Bella Dally di Instagram baru-baru ini telah mengejutkan para peminat. Ramai yang tidak menyangka khabar angin yang mengatakan mereka dalam keadaan bermasalah membawa kepada penceraian.

Di Instagram, Bella Dally nampaknya kini sedang sibuk menjayakan Celebfest Ramadhan 2018, yang paling penting cookies yang dijual Bella sold out! Di ruangan komen, komen Nazim ini membuatkan ramai touching.

Cookies sold out!

Menerusi video pendek yang dimuatnaik Bella Dally, jelas terpancar kegembiraan di wajahnya apabila barangan yang dijual mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Selain daripada itu, Bella juga dilihat meluangkan masa bergambar dan berbual dengan para peminat yang memberi sokongan.

Di ruangan komen, ucapan tahniah Nazim Othman ini membuatkan ramai tersentuh dan mendoakan agar mereka bersatu kembali.

‘I’m happy for U’ – Nazim Othman

Ramai tersentuh

Doakan kembali bersatu

Sumber : Instagram belladally

sumber : http://ohbulan.com