Tak Sangka Ini Luahan Hati Bekas Perdana Menteri Apabila Menaiki Kereta Menuju Ke Pekan Semalam!

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau terpaksa menaiki sebuah kereta untuk ke Pekan kerana tidak boleh lagi menaiki pesawat untuk menuju ke destinasinya.

“Pagi tadi saya menaiki kenderaan ke Pekan sebab tak ada lagi kapal terbang.

“Saya bertolak 9.30 pagi, sampai Pekan 12.10 tengah hari,” katanya pada pertemuan dengan lebih daripada 500 penyokongnya di Pekan hari ini.

Bagaimanapun, Najib berkata dengan menaiki kereta dapat memberikan peluang kepadanya melihat pembangunan di sepanjang lebuh raya.

“Saya melihat, saya kata lebuh raya ni siapa buat, saya kata, Umno, BN yang buat

“Saya kata jasa siapa, jasa siapa. Saya lihat ke kanan kilang kereta, lihat universiti otomotif. Saya kata siapa bawa pelaburan,” katanya sambil disambut teriakan “Datuk Najib!”.

Najib berkata pembangunan bukan sahaja berlaku di Pekan, tetapi juga boleh dilihat di seluruh negara.

Najib sebelum ini melakukan perjalanan ke seluruh negara menggunakan pesawat kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA.

Beliau juga pernah dikritik kerana membawa anggota keluarganya menaiki pesawat kerajaan ke luar negara.

Pada 9 Mei lalu, BN mengalami kekalahan kali pertama sejak negara mencapai kemerdekaan dan selepas 61 tahun berkuasa.

sumber : https://m.malaysiakini.com

Najib, Rosmah tiba di Pekan

Rosmah Mansor bersalam dengan penyokong di Pekan, penampilan pertamanya di khalayak ramai sejak pilihan raya 9 Mei lalu.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pekan hari ini, kunjungan pertama ke kawasan Parlimen bekas perdana menteri itu sejak kekalahan mengejut Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.

Najib berbaju biru tua, manakala Rosmah berbaju kurung bunga kuning dan selendang kuning.

Ia adalah penampilan pertama Rosmah di khalayak ramai sejak polis memulakan pemeriksaan di rumahnya di Taman Duta yang menyaksikan rampasan wang tunai dan barang mewah bernilai berjuta ringgit.

Mereka tiba di kediaman rasmi Seri Kenangan kira-kira 12.15 tengah hari, kira-kira 3 jam selepas meninggalkan Kuala Lumpur pagi tadi.

“Rakyat mahu saya balik,” kata Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan selama 4 dekad.

“Mereka mahu menunjukkan penghargaan mereka dan terus menyokong saya untuk semua perkara yang saya buat.

“Mereka mahu saya terus berkhidmat kepada mereka sebagai ahli Parlimen. Saya saya bersyukur pulang ke sini,” katanya kepada wartawan dalam siaran langsung Facebook oleh Sin Chew Daily, tetapi enggan menjawab soalan lain.

sumber :http://www.freemalaysiatoday.com