[Terkini] KATA Hanipa Tentang Peguam Negara Apandi Ali Dan Puncanya Mengejutkan Semua Pihak!

Peguam Negara yang diarahkan bercuti, Tan Sri Apandi Ali jika terbukti ada kes, boleh dikenakan pertuduhan jenayah kerana tidak mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengenai pemindahan RM42 juta dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB ke dalam akaun peribadi bekas presiden Umno itu, jelas pemimpin AMANAH Hanipa Maidin.

“Namun, jika diandaikan peguam negara yang baru nanti memutuskan akan mendakwa mantan Perdana Menteri BN di mahkamah bagi kes pemindahan RM 42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu juga berhadapan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah,” kata Hanipa dalam suatu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hal ini walaupun perlembagaan memperuntukkan peguam negara memiliki budi bicara sama ada untuk mendakwa atau tidak mendak seseorang.

“Ya , benar di bawah Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan , seorang Peguam Negara ada budibicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.

“Lagipun, jika budibicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budibicara tersebut boleh melindungi hatta seorang peguam negara,” kata Hanipa yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, anggota parlimen Sepang itu memaklumkan beliau tidak mahu membuat spekulasi.

“Namun , seperti yang saya kata ,saya tidak mahu berspekulasi. Kita tunggu lah sama-sama tindakan peguam negara yang baru nanti,” katanya.

Pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.

“Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya.

Sehari selepas meninggalkan tugasnya, kerajaan mengeluarkan perintah larangan Apandi daripada meninggalkan negara.

Pada Januari 2016, Apandi Ali membebaskan Najib daripada sebarang unsur rasuah dan tidak tidak menyalah guna kedudukannya dalam siasatan SRC International.

Katanya, beliau mendapati bahawa tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Najib menyalah guna kedudukannya dan memberi kelulusan jaminan wang pinjaman RM4 bilion oleh syarikat berkenaan daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) (KWAP).

“Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri mengetahui atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun beliau.

“Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun beliau sebelum itu,” kata Apandi.

Kertas siasatan berhubung SRC International dan wang dana RM2.6 bilion dikemukakan oleh SPRM pada 31 Disember 2015.

sumber : https://m.malaysiakini.com