Tun Dr Mahathir MENCABAR Abdul Rahman Dahlan TUNJUK BUKTI Tentang Dakwaannya!!

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar bekas menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk membuktikan bahawa negara akan kerugian sekurang-kurangnya RM200 bilion jika projek Landasan Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dibatalkan.

“Tunjuk bukti. Kita kata dia (sebabkan negara) hilang RM1 trilion (akibat hutang). Kita ada papers, ada bukti, dokumen yang menunjukkan kata kita hilang (RM1 trilion).

“Ini cakap mulut sahaja, suruh dia keluarkan bukti,” kata Mahathir kepada wartawan di Bukit Aman malam ini selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota polis hari ini.

Perdana Menteri semalam mengesahkan Malaysia akan membatalkan projek itu dan kemungkinan membayar pampasan sebanyak RM500 juta.

Rahman berkata kerajaan telah membuat kesilapan besar dengan membatalkan projek itu, sambil menambah ia “terlalu mudah” bagi Mahathir mengatakan projek itu tidak akan memberi manfaat.

“Potensi pulangan daripada nilai hartanah akan menguntungkan bagi projek kereta api dalam jangka masa panjang.

“Pada sudut pandangan makro, dianggarkan Malaysia akan kehilangan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM209 bilion dan kehilangan potensi untuk mencipta 70,000 pekerjaan sekiranya HSR dibatalkan,” kata Rahman.

Sementara itu, Mahathir juga berkata Singapura akan dimaklumkan secara rasmi mengenai rancangan kerajaan untuk membatalkan projek itu.

Ini selepas Singapura semalam mengatakan ia masih belum dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

sumber : https://m.malaysiakini.com