Ini RESPON Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Tentang Kerajaan Sekarang dan Dahulu!

Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang mementingkan rakyat lebih daripada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

“Tak guna jika GDP 10 peratus sekalipun, tetapi rakyat menderita. Pakatan Harapan pentingkan rakyat daripada KDNK. Tak guna KDNK tinggi tetapi rakyat merungut harga mahai, itu ini.

“Kita pentingkan rakyat, bukan nak seronok tunjukkan pada dunia. Itu dunia lain, kerana yang penting rakyat pilih kita dan kita menjaga mereka,” katanya dalam temubual dengan Buletin Utama TV3.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu juga mendakwa, kerajaan sebelum ini tidak mempedulikan rakyat.

“Waktu harga barang naik, mereka peduli pun tak, dia marahkan rakyat pula, dia kata Singapura lagi mahal, kita bukan tinggal di Singapura, kita tinggal di Malaysia.

“Inflasi juga dikatakan tiga peratus, lapan tahun berturut-turut, tetapi rakyat tidak percaya kerana harga barang naik.

“Rakyat ketawa. Mereka tengok rakyat beli barang, barang mahal, mana inflasi tiga peratus, sampai menteri pun jual ikan.” katanya.

Daim berkata, sewaktu Malaysia mengalami krisis pada tahun 1986 dan 1998 rakyat tidak bising.

“(Ia kerana) pada waktu itu Tun Mahathir pentingkan rakyat. Arahan kepada saya, jaga rakyat dulu, Pada 1986 kita pun potong gaji menteri, sekarang kita laksanakan semula, supaya kita mahu rakyat berkorban, perdana menteri perlu berkorban dulu,” katanya.

Kerajaan baharu tambahnya, akan menguruskan ekonomi dengan baik.

“Cara menguruskan ekonomi dengan baik, satu dengan mengurangkan hutang, kalau boleh jangan terus berhutang, tunjukkan pertumbuhan,” katanya.

– Bernama

sumber : https://m.malaysiakini.com