[Terkini] Orang Baru Ini Akan Mengiringi Rosmah Ketika Siasatan SPRM!

Isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melantik sebuah pasukan peguam baru bagi menemani beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam kanan, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent akan mengiringi Rosmah ke SPRM.

“Ya saya dan Geethan mewakili Rosmah tetapi bukan (Datuk Seri) Najib (Razak),” kata Kumaraendran ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain bekas pendakwa raya kanan, Datuk Yusof Zainal Abiden dan peguam kanan M Puravalen dikatakan menarik diri daripada mewakili pasangan itu atas persetujuan bersama.

Puravalen dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata:

“Saya dan Yusof telah berhenti daripada mewakili Najib, saya juga telah menarik diri daripada mewakili Rosmah,” katanya.

Sekiranya benar, ini adalah kali kedua peguam Najib dan Rosmah telah menarik diri daripada mewakili pasangan itu.

Sebelum ini, peguam Harpal Singh muncul dan memberikan keterangan sebagai sebahagian daripada kumpulan peguam ketika polis melakukan siasatan.

Yusof dan Puravalen mewakili Najib ketika bekas presiden Umno itu disoal siasat SPRM. Hingga kini masih belum dapat dipastikan siapa akan mewakili Njaib dalam siasatan polis dan SPRM.

sumber : https://m.malaysiakini.com