Lima Anak Datuk Seri Anwar Tampil Sederhana dan Santun Berbaju Kurung & Hijab Bawal!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan setelah mendapt pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V . Seluruh ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak merayakan kemenangan ini bersama-sama. Turut hadir memberikan sokongan kepada ayah mereka yang telah terpisah lama sebelum ini. Turut menarik perhatian netizen adalah penampilan keluarga ini yang dilihat tampil cukup sederhana, santun dan juga menutup aurat.

Anwar yang mempunyai 6 orang anak dan lima daripadanya adalah perempuan. Masing-masing begitu menjaga aurat mereka dan lebih gemar bergaya sederhana sesuai dengan penampilan masing-masing.

Selain, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang setia mengenakan hijab kelepet lekap di dahi dengan baju kurung untuk memudahkan pergerakannya. Gaya bekas doktor ini juga tetap sama dari dulu hingga sekarang.

Seperti ibunya, YB Nurul Izzah juga turut menggemari tudung bawal. Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga sudah lebih 20 tahun setiap menggayakan bawal.

Menurutnya, tudung jenis ini senang untuk digayakan dan memudahkan pergerakan beliau yang sentiasa aktif bergerak ke sana ke mari.

Begitu juga gaya adik-adiknya Nurul Nuha, Nurul Ilham, Nurul Iman dan juga Nurul Hana. Masing-masing jika dilihat lebih senang tampil sederhana dengan baju kurung dan juga tudung bawal yang dililit secara ringkas.

20 Tahun Setia Bertudung Bawal, Nurul Izzah Tak Pandang Selendang Lain. Tetap ‘Maintain’ Cantik!

Nampaknya Nurul Izzah menang bergaya untuk PRU 14 kali ini, walaupun beralih angin di kawasan lain di Permatang Pauh. Nyata sokongan pada Puteri Reformasi ini tetap teguh dan tidak berubah. Melihat penampilan Nurul Izzah yang tampil santun, manis dan menutup aurat tidak hairan ia juga menjadi faktor penyumbang kepada kejayaaannya. Ramai yang tertarik dengan cara penampilannya yang cukup sederhana di samping dikurniakan wajah jelita seiring kebijaksanaannya.

Dilihat sepanjang kempen, beliau masih mengkekalkan penampilannya berbaju kurung dengan pemakaian hijab bawal yang dililit cukup ringkas. Tanpa solekan, wajahnya tetap terampil cantik dan jelita.

Ditambah dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bbir menjadikan dirinya sering jadi perhatian pengundi mana sahaja Nurul Izzah berada. Ada sahaja yang mahu berselfie dengan beliau yang tidak kekok bercampur dengan rakyat.

Memang sejak dulu Nuru Izzah diakui cukup gemar menyarung tudung bawal ke mana sahaja beliau berada.

Menurut Nurul izzah dalam satu temubual bersama Hijabista, ketika ditemui di majlis Perhimpunan Scarf Terbesar anjuran Hijabista dan Aidijuma di Kumpulan Media Karangkraf yang lalu, beliau berkongsi pengalaman hampir 20 tahun menggayakan tudung bawal. Sejak memakai tudung, memang Nurul Izzah selesa memilih bawal.

Menurutnya, tudung bawal memang memudahkan beliau untuk menggayakannya dalam apa jua acara. Tidak berpeluh, tidak renyah ketika melakukan tugasan dan mampu bertahan walaupun dalam apa jua aktiviti dilakukan.

Tudung bawal memang ramai peminatnya. Tidak kira golongan tua atau muda. Fabrik yang lembut juga corak yang menarik menyebabkan bawal punya tarikan tersendiri biarpun pelbagai selendang dicipta masa kini.

Malah follower Nuru Izzah di laman sosial juga menyukai gayanya yang simple ini. Ada juga yang meminta tutorial bagaimana Izzah menggayakan tudung bawal sebegitu kemas dan cantik.

@noorrahayumahmood@n_izzah sya suka sangat cara YB memakai tudung, share la tutorial yb.. hehehe..

@hizzianti_hashimSis , blh x tunjuk tutorial pkai tdg bawal cam sis ???

@missy_azue Yb tutorial Tudung plssssss

@aikazainal85 Cantiknya izzati… YB boleh tutorial style pakai tudung

Dalam satu posting, Nurul Izzah ada berkongsi tutorial cara pemakaian hijab sepertinya. Beliau membuat tutorial pada adiknya, yang juga menggayakan stail yang sama.

Jadi tidak hairanlah selepas ini, gaya stail hijab Nurul Izzah pasti bakal jadi trend dan viral terutama menjelang Syawal nanti.

Ayuh, kita lihat 10 stail tudung bawal yang digayakan oleh YB Nurul Izzah. Walaupun gaya ikatannya sama, tetapi beliau tetap terampil cantik.

#1. @ejato.hjr Beautiful sibs

#2. izzatiyaacob_ Cantikkkkk

#3. @balqisadnand_ Natural beauty

#4. @ajikulah Sempoi la YB!

#5 @charlesgalis Manis senyuman …

#6. @mustaqqimmashor Gojes

#7. @heyzelaiyra Look awesome

#8. @aryam_ndynadian Cantiknya

#9. nurhidayah9921 Comel nyaaa…

#10. @hayden_seven Yb yg sweet

Tinggalkan Komen

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR WAN AZIZAH & NURUL IZZAH

sumber: http://www.hijabista.com.my