[Terkini] Ini RESPON TPM Wan Azizah Tentang Anwar dan Azmin Buat Semua Terdiam!

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa tiada perselisihan yang berlaku antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Presiden PKR itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang mendakwa wujud pertembungan antara kem Anwar dan Azmin.

“Saya tidak fikir ada perselisihan. Seperti yang saya katakan, kita berada dalam dalam satu kem,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam laporan The Malaysian Insight.

​Menurut laporan The Straits Times, langkah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Mohamed Azmin sebagai menteri ekonomi mencetuskan kerisauan penyokong Anwar.

Ini kerana, laporan itu menyebut, Mohamed Azmin dilantik untuk mengawasi beberapa syarikat gergasi yang secara kolektif bernilai RM1 trilion.

Bagaimanapun Anwar pada awal minggu ini telah memberitahu bahawa beliau memberi sokongan penuh pada pentadbiran Dr Mahathir.

Selain itu, mengulas mengenai pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri ekonomi meskipun namanya tidak diketengahkan parti, Wan Azizah berkata Dr Mahathir berhak berbuat demikian.

“Tiada yang salah dengan perkara ini,” katanya.

Sumber : https://m.malaysiakini.com