Ini RESPON Guru Kepada Individu paling dikehendaki Low Taek Jho, Memang Tak Sangka Langsung!

GEORGETOWN – Individu paling dikehendaki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya di Pulau Pinang.

Sebuah portal melaporkan, gurunya berkata Jho Low adalah seorang pelajar pintar dan disenangi rakan sekelasnya.

“Dia seorang pelajar pintar dan sangat berjaya,” katanya.

Bagaimanapun, guru yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan bekas anak muridnya itu.

Jho Low bersekolah di Sekolah Antarabangsa Uplands pertengahan 1990-an dan mengambil peperiksaan O-Levelnya di sebuah sekolah swasta sebelum meneruskan pengajian di Harrow School di London.

Sebelum itu, Jho Low merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Chung Ling.

Seorang rakan sekolahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Jack berkata, Jho Low adalah pelajar yang merendah diri walaupun semua rakan-rakannya tahu latar belakang keluarganya yang sangat kaya.

“Dia bukan pelajar popular, mungkin kerana penampilannya, dia berasa sedikit rendah diri maka itu dia tidak mahu kelihatan popular,” katanya.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee yang merupakan rakannya ketika kanak-kanak memujuk jutawan itu untuk menyerah diri.

“Saya juga akan menasihati beliau mendapatkan peguam terbaik. Sama seperti bagaimana Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberitahu Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), “katanya.

Ong juga menggesa orang ramai agar tidak membuat kesimpulan dan tidak menuduh tanpa pendakwaan.

Jho Low merupakan individu paling dikehendaki bagi membantu siasatan ke atas skandal kewangan 1MDB.

Dia didakwa menjadi antara dalang dalam menyalurkan berbilion-bilion dari dana pelaburan nasional itu.

Skandal itu juga dikatakan salah satu punca utama di sebalik kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu.

sumber : http://www.sinarharian.com.my