Tindakan SPRM serbu pejabat SSER, presiden dipecat, pekerja diarah bercuti…Ini PUNCANYA!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Suria Strategic Energy Resources (SSER) susulan pendedahan oleh kerajaan berhubung skandal projek saluran paip gas membabitkan RM9.4 bilion.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa laporan sudah dibuat dengan suruhanjaya berkenaan.

Jelas Lim, pihaknya sudah mengambil alih pejabat SSER yang dimiliki Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan untuk memaklumkan perkembangan tindakan ke aras pegawai perbendaharaan, Lim berkata Presiden SSER Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin sudah dipecat dari jawatan sebagai pengarah syarikat berkenaan.

“Kementerian Kewangan sedang melantik satu jawatankuasa eksekutif (exco) yang akan diketuai oleh sebuah firma perakaunan.

“Jawatankuasa ini akan mengambil alih operasi syarikat serta menyiasat semua transaksi dan urusan yang dilakukan oleh SSER,” katanya.

 

sumber : https://m.malaysiakini.com

 

SPRM serbu pejabat SSER, presiden dipecat, pekerja diarah bercuti


Lim Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan membuat laporan kepada SPRM berhubung SSER. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Suria Strategy Energy Resources Sdn Bhd (SSER) gagal mendapatkan sebarang hak daripada Petronas seperti yang dikehendaki undang-undang untuk memasang paip bagi Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, syarikat itu juga gagal memperoleh tanah yang diperlukan di Sabah untuk melakukan perkara sama bagi Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

“Walaupun terdapat pendedahan yang mengejutkan, (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak masih mendakwa semua proses, prosedur dan undang-undang telah dipatuhi berkaitan pemeteraian kedua-dua projek saluran paip tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk itu, Lim berkata, Kementerian Kewangan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Satu serbuan SPRM telah dijalankan di pejabat SSER. Kementerian Kewangan telah mengambil alih pejabat SSER. Semua pekerjanya diarahkan cuti sehingga notis selanjutnya.”

Presiden SSER, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, turut dipecat sebagai pengarah syarikat dan kementerian dalam proses melantik sebuah Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang diketuai sebuah firma perakaunan untuk mengendalikan syarikat itu serta menyiasat transaksi SSER.

Sebagai rekod, MPP melibatkan saluran paip petroleum pelbagai produk sepanjang 600km yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson ke Jitra dengan kos RM5.35 bilion. TSGP pula melibatkan pembinaan saluran paip gas 662km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau dengan kos RM4.06 bilion.

“Kerajaan persekutuan Pakatan Harapan ingin memberi jaminan kepada rakyat Malaysia, semua langkah akan diambil untuk mendedahkan kebenaran. Kami akan mengambil apa-apa tindakan yang diperlukan terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab melindungi kepentingan pembayar cukai.”

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com