[Terkini] Kes Adam Adli: Akhirnya Selepas 5 Tahun Berlalu, Keajaiban Ramadan buat Adam Adli!!

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) telah membatalkan penggantungan pengajian selama lima tahun terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim.

Ini selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan menghasut berhubung ucapan yang dibuat Adam beberapa hari selepas BN menang pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

UPSI, dalam surat kepada Adam Adli, berkata pihak universiti telah dimaklumkan Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya dari salah laku.

“Sehubungan itu, saudara dengan ini dilepaskan daripada pergantungan tersebut dan dibenarkan untuk menyambung pengajian di universiti ini mulai 10 September 2018,” tulis surat itu.

Adam berkongsi surat itu pada hantaran Facebook berkata:

“Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.”

Adam digantung pengajian di universiti pada 6 September 2013, berikutan pertuduhan hasutan di mahkamah itu.

Sebelum penggantungannya, Adam Adli memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu termasuk Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

sumber : https://m.malaysiakini.com

Keajaiban Ramadan buat Adam Adli

LIMA tahun lalu, selepas beliau didakwa kerana hasutan, bekas aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dimaklumkan beliau digantung daripada pengajiannya.

Namun hari ini, sejurus sebelum berbuka puasa, Adam Adli menerima surat daripada alma mater Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menyatakan penggantungan itu ditarik balik.

“Saya tidak pernah jangkakan surat itu. Saya terharu. Saya sangat bersyukur,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Saya gembira. Keluarga saya..ibu saya..ami semua gembira. Kita berada di penghujung Ramadan. Saya rasa inilah “kajaiban Ramadan” saya.”

Menurut surat UPSI bertarikh 1 Jun yang dilihat The Malaysian Insight, Adam Adli digantung bermula semester pertama 2013/2014 selepas beliau disabitkan kesalahan hasutan.

Penggantungan itu, mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti, berkuatkuasa sepanjang tempoh kesnya.

UPSI di Perak kemudiannya menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara pada 4 Mei, memaklumkan institusi Mahkamah Rayuan membebaskan Adan Adli pada 22 Februari, yang membawa kepada penarikan balik penggantungan itu.

“Menerima surat secara tiba-tiba membuatkan saya terfikir apa akan berlaku selepas ini,” kata Adam Adli , 29.

Beliau masih bujang ketika digantung pengajian. Kini beliau sudh berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 bulan.

Adan Adli yang mengambil jurusan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu berkata, beliau perlu fikir betul-betul dan berbincang dengan keluarganya mengenai apa yang perlu dilakukan.

“Saya sudah tinggalkan semua dan kembali menetap di Pulau Pinang, di mana saya bekerja sebagai koordinator organisasi sukarelawan belia bukan kerajaan yang dipanggil Peka.

“Untuk kembali ke UPSI bermakna kembali belajar, buat praktikal…Ia bukan mudah. Semua itu memerlukan persediaan mental,” katanya.

“Tapi, saya terima ini sebagai sesuatu yang baik dan positif. Kami semua gembira.”

Adam Adli dituduh membuat kenyataan hasutan pada 13 Mei, 2013 pada sebuah forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, yang mana beliau menggesa rakyat untuk menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Beliau membuat kenyataan itu lapan hari selepas Pilihan Raya Umum ke 13 dan pada 5 Mei tahun yang sama, selepas pembangkang gagal menawan Putrajaya walaupun memang undi popular.

Adam didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada September 2014 dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun. Mahkamah Tinggi kemudiannya menangguhkan sabitan pada Februari 2016 dan menukar hukuman penjara kepada denda RM5,000.

Namun Adam Adli meneruskan perjuangan berhubung sabitannya sehingga Mahkamah Rayuan pada Februari membebaskannya dan memutuskan ia sebagai “penyelewengan undang-undang”.

Aktivis muda itu merupakan salah seorang daripada ramai pihak, termasuk ahli politik Pakatan Harapan, lantang mengkritik peentadbiran BN yang ditahan dan didakwa di bawah undang-undang hasutan pada 2013 dan 2014. – 11 Jun, 2018

 

sumber : https://www.themalaysianinsight.com