Terkini! Wakil Trump dan Menantunya JUMPA Raja Jordan untuk Bincang Tentang Israel-Palestin!!

AMMAN: Wakil khas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jason Greenblatt dan penasihat kanannya, Jared Kushner menemui pemerintah Jordan, Raja Abdullah II di Amman, semalam untuk membincangkan proses damai Israel dan Palestin.

Pertemuan itu berlaku kurang sehari selepas Raja Jordan menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam lawatan singkat yang jarang.

“Mereka membincangkan peningkatan kerjasama antara Amerika Syarikat dan Jordan, isu serantau, situasi kemanusiaan di Gaza, dan usaha pentadbiran Trump dalam proses damai Israel dan Palestin,” menurut kenyataan Rumah Putih.

Dalam perbincangan dengan Netanyahu kelmarin, Raja menegaskan perlunya kemajuan dalam usaha menyelesaikan konflik Israel dan Palestin ‘berdasarkan konsep penyelesaian dua negara’.

Lawatan delegasi AS juga termasuk di Israel, Mesir, Qatar dan Arab Saudi.

Proses damai antara Israel dan Palestin telah terhenti sejak 2014. Disember lalu, keputusan kontroversi Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menjadikan proses damai itu mustahil. – AFP

 

Sumber : https://www.bharian.com.my