[Terkini] Netizen Sokong ‘Abah’ Rebut Jawatan Presiden & 5 Sebab Kenapa Beliau Layak!

 

Selepas Pilihanraya ke 14 yang lalu, parti yang mewakili kerajaan terdahulu mengalami kekalahan cukup teruk. Malah hingga memaksa bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan. Dan sejak itu jawatan ‘panas’ itu menjadi sebutan di kalangan ahli lain memandangkan akan ada pemilihan untuk parti berkenaan. Salah seorang nama disebut layak jadi pengganti adalah YB Khairy Jamaluddin. Dan hari ini, beliau sah untuk bertanding bagi jawatan Presiden.

Muat turut dalam laman sosialnya di instagram, Khairy atau mesra dipanggil ‘Abah’ atau KJ ini mengesahkan akan bertanding jawatan nombor 1 ini dengan gambar menunjukkan borang pencalonan.

Malah kapsyen yang ditulis juga menarik perhatian netizen. Berbunyi ‘Alang-alan Menyeluk Pekasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan. Bismillahirrahmanirrahim”, menunjukkan KJ memang tekad untuk merebut jawatan berkenaan.

Pencalonannya juga turut mendapat sokongan ramai yang bersetuju untuk beliau bertanding bagi jawatan itu.

@qina_qinot Sokongan saya sentiasa ada untuk YB @khairykj.. Good luck abah!

@azreen941 We ARE still need u YB

@snizam_stories Kj is back!

@zairul_777 Trbaik YB KJ paling layak

@queen_czar You are the best candidate for the post.. All the best !

Sebelum ini populariti KJ memang tidak dapat dinafikan. Malah beliau dilihat antara pemimpin muda yang boleh meneruskan kesinambungan parti berkenaan untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat terutama golongan muda.

Hijabista senaraikan lima faktor kenapa beliau layak menjadi Presiden bagi parti berkenaan:

1. Seorang yang aktif terutama dalam bidang lasak dan sukan.

2. Usianya yang masih muda dan senang untuk menarik minat golongan muda.

3. Mesra dengan rakyat dan antara bekas menteri yang rajin berselfie.

4. Tall, Dark & Handsome, jadi tarikan utama KJ.

5. Seorang bapa yang penyayang pada keluarga. Beliau mempunyatiga anak lelaki dan salah seorang adalah penghidap autisme.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM& TWITTER KHAIRY JAMALUDDIN

Sumber : http://www.hijabista.com.my