Tampil Cantik & Simple, Inilah Wajah Terkini Maya Setelah Berhijab Ramadhan Lalu!!

Nampaknya satu persatu selebriti kita sudah mula berhijab. Ternyata hidayah Allah itu datang tanpa mengira masa dan waktunya. Baru-baru ini Maya Matahari juga sudah mula mengenakan tudung sejak Ramadan lalu. Netizen yang perasan perubahan pada Maya menganggap dia seperti bidadari setelah melihatnya begitu cantik berhijab.

Menerusi Berita Harian Online, Maya memberitahu dia sebenarnya sudah lama cuba memakai tudung tetapi tidak kekal. Namun urusannya pada Ramadan lalu seperti dipermudahkan. Menurut Maya dia cukup selesa dengan imej baharu ini. Malah menurutnya jika hendak keluar rumah ke kawasan berdekatan juga tetap ingin bertudung atau berselendang.

Maya tergerak hati untuk bertudung sepenuhnya ketika pula beraya ke Johor Bahru baru-baru ini. “Malah, pada pagi raya, saya jadi sangat teruja kerana bukan sekadar menggosok baju, sebaliknya tudung untuk digayakan juga. “Selama ini, saya banyak membeli dan mengumpul tudung daripada pelbagai rekaan. Jadi, ia bukanlah satu masalah. Saya juga mula menempah baju yang lebih sopan dan tidak mendedahkan,” katanya.

Menyedari dirinya sudah berhijab,, namun bukan halangan untuknya meneruskan kerjaya seni. Dia juga melihat ramai dalam kalangan selebriti yang telah berhijab masih boleh menyanyi. Apa yang penting perlu pandai membawa diri dan insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Dia turut berhasrat urusannya untuk menutup aurat dengan lebih sempurna dipermudahkan Tuhan.

Penampilan Maya atau nama penuhnya Meyanaliza Ruslee meman cukup cantik selepas berhijab. Dia tidak kekok bertudung dan gayanya yang simple mengundang pujian dari netizen. @irwans_shah Wow..cantiknye kak @mya_matahari pakai tudung😘 @nininji kakak cantik nye pakai.tdung @pinkladymas Cntik n ayu kak @mya_matahari brtudung.. sopan je tgk.. @elle_lakiman woww…subahanallah…..sejuk mata memandang..lawa sgt @kakgirlsebenar Benarlah bidadari tu wujud sissss

Bukan sahaja dirinya, malah netizen serta rakan artis lain juga turut mengharapkan Maya akan kekal istiqomah. @noorshilaamin Adik akk ni dah berhijab ke..syukur Alhamdulillah..terserlah keayuan mu dik..semoga terus istiqomah & di limpahi hidayah Allah SWT buat Maya..selamat hari raya..maaf zahir batin dr akk.. KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAYA MATAHARI

sumber : http://www.hijabista.com.my