[Terkini] RESPON Mohd Shukri Bila SPRM Terima Banyak KEJUTAN Sebelum Raya!

SPRM menerima lambakan aduan kes skandal dan penyelewengan ‘jerung’ dalam jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Beliau berkata sehingga menjelang Aidilfitri baru-baru ini SPRM didatangi orang ramai termasuk kakitangan dalam jabatan-jabatan kerajaan dan GLC tampil mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini.

“Sekarang SPRM terima banyak maklumat dan kes-kes baru, kebanyakan masuk sebelum raya, kita kena ambil masa untuk selesaikan.

“Tetapi saya nak sahkan memang banyak kes jerung yang kita terima cuma saya tak boleh bagi tahu siapa yang terlibat.

“Namun, bayangannya banyak melibatkan jabatan utama kerajaan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, susulan lambakan aduan yang diterima, SPRM telah menubuhkan pasukan khas untuk mengendalikan setiap kes.

Mohd Shukri yang mengambil alih jawatan ketua persuruhjaya SPRM pada 17 Mei lalu, juga memuji kakitangan awam kerana mempunyai keberanian untuk maju ke hadapan.

“Sekarang ini apabila saya masuk semula ke SPRM, dalam tempoh sebulan ini bertalu-talu kes ‘jerung’ masuk,” katanya.

Menurut beliau, yang paling menarik adalah ‘orang dalam’ sendiri yang berani tampil membongkar salah laku.

“Pegawai kerajaan dah berani ke depan, mereka punya keyakinan dan dah berani, tak takut diugut lagi.

“Saya minta mereka yakin kepada saya dan SPRM kerana kami akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Mohd Shukri berkata beliau tidak akan melayani sebarang rundingan untuk menutup kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

“No way, tak akan berlaku. Masuk macam mana pun saya tidak akan benarkan, tak ada seorang pun boleh mempengaruhi atau menghalang siasatan SPRM.

“Setinggi mana pun pangkat orang itu saya tidak akan benarkan, ini amanah yang saya pegang,” katanya.

 

sumber: https://m.malaysiakini.com