“Setakat ni, gambaq raya hang la yang paling setaiiiii saentaro alam melayu!!” Cheq bagi hang 5 HA! – Netizen

Tahun ini pertama kali juga buat pelumba MotoGP Hafizh Syahrin menyambut Syawal bersama isterinya. Kedua-dua mereka menyambut lebaran juga di rantau orang kerana terikat dengan tanggungjawab menggalas tugas sebagai pelumba motorsikal profesional. Biarpun berada di rantau orang, namun Hafizh dan isteri tidak melupakan adat serta budaya dengan menggayakan baju Melayu lengkap bersamping dan songkok rona sedondon dengan isterinya merayakan Syawal di litar bersama krew yang lain.

Ternyata penampilannya ini mengundang usikan nakal dari netizen sebaik melihat foto dimuat turun oleh Hafizh. Rata-rata mengucapkan selamat hari raya kepada pasangan ini.

@ramadan__siregar Terbaik @hafizh_syahrin, rare gambar ni.. Selamat hari raya..goodluck race..

@sufihamid7 No doubt. Coolest raya pic ever. Selamat hari raya

@matramatoi Setakat ni, gambaq raya hang la yang paling setaiiiii saentaro alam melayu!! Cheq bagi hang 5 HA!

Tidak kurang yang mengusik Hafizh sebagai rider motoGP pertama bergambar dengan memakai persalinan baju Melayu lengkap bersongkok dan sampin.

@wanshamm Baju melayu dimata dunia. Boek rider

@bradda_rusland Taqaballahu Minna wa minkum

@hafizh_syahrin.. mantap, salute.. busana Islam di GP.. @janky_knows I absolutely love the culture that you bring into the paddock with such a humble spirit

Malah dia juga turut dianggap sebagai sebaga pembawa Islam di MotoGp kali ini. ini kerana HafizH satu-satunya pelumba motor beragama Islam dalam kalangan pelumba lain.

@kingjemee Wahahaha first time rider pakai baju melayu. Selamat Hari Raya. Best of luck.

@alfisty155 U made us proud of u. Show us more bro! … And be proud of our identity as a muslim@Malaysian

@ibnu46 Bangga…duta islam di motogp

Ada juga netizen yang turut mendoakan kesejahteraan Hafiz Syahrin. Ini kerana pada perlumbaan lalu di Catalunya, dia terlibat dalam kemalangan dan gagal menghabiskan pusingan.

@pangeranggara Ttap smagat @hafizh_syahrintrus berjuang saudra ku,meskipu di race katalunya kau gagal dan terjatuh, smoga ALLAH slalu mlindungimu

@pocoyo.poyo_ selamat hari raye @hafizh_syahrin semoge terus maju jaye dalam sukan permotoran… we always keep supporting you…

Beliau yang menyambut aidilfititri di Barcelona bersama isteri tersayang yang setia ada di sisi. Umum mengetahui pelumba negara ini sedang dalam fasa perlumbaan MotoGP sepanjang musim ini di luar negara.

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan hujung tahun lalu dengan model Muslimah Suzana Manaf. Suzana kemudiannya turut mengambil keputusan untuk berada di sisi suami tercinta yang menggalas tugas membawa nama negara ke seluruh dunia.

Biarpun sambutan lebaran kali ini cukup sederhana, tetapi pasangan ini tetap mengucapkan syukur kerana berpeluang untuk menyambutnya sebagai suami isteri.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HAFIZH SYAHRIN

Tinggalkan Komen

 

sumber : http://www.hijabista.com.my