Rebut peluang..penebar roti canai dibayar gaji LUMAYAN sebulan, Tak Sangka Langsung ini Gajinya!!

KUALA LUMPUR: Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan gaji penebar roti canai mahir dikalangan warga tempatan antara RM1,600 ke RM1,800.

 

Namun, Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, tawaran itu tidak mendapat sambutan kerana kerjaya sebagai tukang masak di restoran India Muslim tidak popular dalam kalangan pekerja tempatan.

“Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

“Bagi saya jika ada pekerja tempatan mahir dan sanggup bekerja selama lapan jam tak ada masalah,” katanya ketika sidang media di Wisma Primas, di sini, pada Ahad.

Mulai 1 Jan 2019, hanya tukang masak tempatan dibenarkan


Muthusamy berharap kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu. – Gambar hiasan

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Menterinya M. Kula Segaran, berkata bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2019.

“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Dis untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya ketika ditemui Bernama News Channel di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA) di Petaling Jaya. Katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (PRESMA) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.

Kula Segaran berkata langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.

Beliau berkata tindakan kementeriannya ini selari dengan langkah yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang, yang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.

Mengulas kenyataan Kulasegaran itu, Presiden Prisma P. Muthusamy berkata keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Muthusamy berharap kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu.

Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di restoran.

“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya.

sumber : http://www.astroawani.com