[Terkini] 1MDB : Individu Pertama Yang Direman Berkaitan Skandal 1MDB, Siapakah Beliau??

PUTRAJAYA – Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana syarikat pelaburan, 1MDB.

Reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki yang berusia 42 tahun disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana rasuah.

Menurut sumber, terdapat transaksi melibatkan syarikat miliknya dengan 1MDB.

Beliau yang bekerja dengan Najib sejak 2009 dipercayai individu pertama yang direman berkaitan kes berkenaan.

Dia yang merupakan bekas pengarah Khazanah ditahan SPRM 9.45 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my