Inilah 10 Fakta Yang Anda Tak Tahu Mengenai Jenama Bijan. No.4 Paling Tak Sangka Langsung!

Pasti banyak di antara kita baru sedar kewujudan ‘Bijan’ bukan ? Bijan yang tengah popular sekarang di Malaysia semestinya bukanlah ‘bijan’ yang digunakan dalam masakan itu tetapi sebuah jenama fesyen antarabangsa yang dikatakan jenama termewah di dunia. Mari kita lihat beberapa fakta mengenainya yang pasti membuatkan semua terkejut apabila mengetahui mengenai nilai eksklusifnya.

1) Bijan Pakzad menamakan butik itu sempena dengan namanya selepas berpindah ke Los Angeles pada tahun 1970-an dari Iran. Sejak dibuka pada tahun 1976, ‘House of Bijan’ telah menghasilkan beberapa pakaian, kasut, wangian serta aksesori yang paling mahal di dunia. Kini, anaknya Nicolas Pakzad yang meneruskan legasi perniagaan tersebut.

2) Butiknya hanya terdapat satu di dunia ini dan terletak di Beverly Hills, California. Di luarnya terdapat sebuah kereta Bugatti Veyron dan di dalamnya dihiasi dengan lukisan bernilai jutaan dolar karya agung Fernando Botero.

3) Setiap Presiden Amerika dari zaman Ronald Reagan telah menjadi pelanggan butik itu. Hanya Presiden Donald Trump sahaja yang belum berkunjung ke situ.

4) Butik yang sangat eksklusif. Anda perlu membuat temujanji dahulu sebelum berkunjung ke situ. Tidak kiralah anda seorang Presiden, bintang filem terkemuka mahupun jutawan, peraturan itu tetap harus dipatuhi.

5) Selain Presiden Amerika, antara selebriti terkenal yang berkunjung ke situ ialah Pierce Brosnan, Arnold Schwarzenegger, Hugh Hefner dan Putera Rainier dari Monaco.

6) Tali leher yang dihasilkan di sini dilengkapi dengan nombor siri dan setiap daripadanya dipadankan dengan sehelai sapu tangan khas.

7) Pengeluaran setiap produk adalah sangat terhad. Setiap satu rekaan hanya mengeluarkan dua bilangan produk paling maksima.

8) Dikenali degan rekaan mereka yang menggunakan kulit buaya sebagai bahan fabrik utama. Kulit kangaroo dan kashmir juga digunakan dalam penghasilan produk mereka.

9) Sangat terkenal dalam penghasilan pakaian lelaki (men’s suite).

10) Nilai yang paling rendah yang seseorang pelanggan laburkan apabila berkunjung ke situ ialah sebanyak 100 ribu USD. Pada suatu ketika, mereka menghasilkan 10 rekaan beg kulit khas untuk isteri- isteri hartawan yang menempah daripada butik mereka.

Tinggalkan Komen

Sumber : http://www.hijabista.com.my