[Terkini] Ini JAWAPAN Shahrir Bila Di tanya Tentang Kemunculannya Di SPRM Pagi Ini!!

Wartawan yang menunggu ketibaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini dikejutkan dengan kemunculan bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Berkemeja putih, Shahrir tiba lebih awal daripada Zahid, iaitu kira-kira pukul 9.40 pagi.

Bercakap kepada pemberita, bekas anggota parlimen Johor Bahru itu berkata beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung “penerimaan wang” tetapi tidak memberi penjelasan lanjut.

“Saya di sini untuk beri pengakuan tentang terima wang,” katanya ringkas.

Shahrir dipercayai meletakkan kereta di luar perkarangan ibu pejabat SPRM dan berjalan seorang diri ke bangunan itu.

Artikel berkaitan….

Ahmad Zahid sambung beri keterangan pada SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung semula sesi soal siasat mereka terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira jam 9.55 pagi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menyalahgunakan dana sebuah yayasan.

Semalam, bekas timbalan perdana menteri itu disoal hampir sembilan jam oleh pegawai SPRM.

Pada awalnya semalam, beliau dijangka memberi keterangan berhubung tuduhan menyalahgunakan dana Yayasan Akal Budi dan pertemuan dengan anggota keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa memberikan derma RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, SPRM semalam hanya merekodkan keterangannya mengenai pertemuan dengan anggota kerabat dari Asia Barat itu.

 

Sumber : https://m.malaysiakini.com