[Terkini] Semua yang Hadir Terkejut Timbalan Menteri rebah, jatuh dari Pentas

 

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini.

Semua yang hadir terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Bagaimanapun, beliau meneruskan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan JPM itu.

sumber :

sumber :  https://www.hmetro.com.my

 

Ucapan Tun M terhenti apabila Hanipa rebah

PUTRAJAYA: : Ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya terhenti seketika apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin tiba-tiba rebah di atas pentas.

Sejurus beliau rebah, hadirin di perhimpunan itu yang terdiri dari pegawai-pegawai kanan dan penjawat awam di bawah JPM cemas seketika, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta para petugas keselamatan bergegas memberi bantuan kecemasan kepada Hanipa.

Ambulans tiba kira-kira 5 minit kemudian dan difahamkan beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Dua tahun sebelum ini Ahli Parlimen Sepang dari Parti Amanah Negara itu pernah menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur akibat serangan sakit ahmar.

Beliau juga pernah pengsan secara tiba-tiba di Dewan Rakyat.

sumber :

https://www.astroawani.com