Wow! Berikut 8 Barangan Daiso Wajib Ada Di Rumah Yang Mungkin Ramai Yak Tahu!!

Negara Jepun sudah semestinya menjadi perhatian ramai kerena kecanggihan teknologi. Bukan sahaja dari segi pengangkutan, malah dari segi barangan keperluan rumah pun sangat berinovasi tinggi! Tidak perlu ke Jepun untuk mendapatkan barangan ini kerana anda dah boleh beli di cawangan Daiso berdekatan sahaja!

1. Cat Repellant

Cat repellent. (Penghalau kucing) INI BUKAN RACUN. Kucing berak merata-rata elok la beli ni utk kesejahteraan bau bauan.

2. Pembeku minyak masak

Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar

3. Pengasing sampah di sinki

Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.

4. Stone ice cube

Traditional way kita bekukan air dan menjadi ais. Yg ni reusable stone ice cube. Dont worry, tidak memudaratkan.

5. Konjac puff

Nak cuci muka ala² dekat spa bleh la guna konjac puff ni. Kalau tgk benda alah ni dlm plastik mcm batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.

6. Magic sponge

Tgk magic sponge ni mcm tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja utk kasut. Untuk lantai/dinding yg meninggalkan kesan degil sgt berkesan. Watermark² pon berkesan.

7. Sabun mesin basuh

Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sblh dalam² tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dkt daiso. Boleh tgk yg ni dan 1 lagi tu.

8. Agen pembersih paip

Nak bersihkan dalam paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak-lemak, keladak-keladak dalam paip tu.

*Jom kita dapatkan barang-barang ini sebelum habis!

Sumber : Amirah Anuar

kredit : https://siraplimau.com