Bila Anda Ke Starbucks, Tolong Jangan Lakukan 5 Perkara Ini!!

Mesti ramai daripada kita yang harus minum kopi sekurang-kurangnya sehari sekali. Kalau tak, tak boleh function, kan?

Bagi golongan ini, Starbucks mesti dah jadi best friend mereka. Maklumlah, jenama ini memang dikenali sebagai francais kedai kopi yang terkemuka di dunia.

Minumannya ada macam-macam untuk mengikut citarasa pelanggan, jadi tak salah jika kita berikan pujian kepada staff yang telah menyediakan minuman kita kalau ia betul-betul sedap.

Para pelayan mesti akan rasa dihargai, dan andalah customer yang mereka akan layan dengan senang hati.

Walau bagaimanapun, ada saja pelanggan yang sering melakukan perkara menjengkelkan. Kalau 10 orang pelanggan berperangai begini, tak ke pelayan naik angin?

Jom ketahui apakah perkara-perkara yang perlu elakkan daripada buat ketika di Starbucks.

1. Tak nyatakan saiz minuman anda

Foto: Luis Galdamez/Reuters
Bila nak order minuman, satu pertiga daripada semua pelanggan selalunya lupa untuk beritahu kepada pelayan apa saiz minuman yang mereka nak. Short (ekstra kecil), tall (kecil), grande (sederhana), venti (besar) atau trenta (lagi besar)?

Pelayan akan menulis order mereka ke atas cawan, jadi kalau pelanggan berikan order yang pelik-pelik tanpa beritahu dulu saiz cawan yang mereka nak, susahlah!

Kalau anda tak tahu nama-nama ini, sebut saja “large” atau “regular”. Lebih baik daripada tak sebut langsung.

2. Memesan minuman sambal menggunakan telefon

Sama juga bila anda bercakap dengan orang, tapi orang itu sedang memandang telefonnya. Tak ke kurang sopan? Luangkan sedikit masa kepada pelayan Starbucks anda ketika memesan minuman. Tak lama, seminit dua saja pun!

3. “Oh, lupa nak bagitahu. Saya nak yang berais, bukan panas.”

Kalau nak order sesuatu yang specific, jangan beritahu kepada pelayan last minute! Beritahu siap-siap sebelum dia mula membuat minuman anda. Kalau anda di tempat pelayan, rasanya anda pun akan marah, lebih-lebih lagi jika anda perlu buat satu lagi minuman baru.

4. Nak cepat bila memesan minuman

Foto: Getty
Para pelayan Starbucks selalunya membuat minuman mengikut urutan order. Kalau anda order dulu daripada kawan anda, anda akan dapat dulu minuman anda sebelum dia.

Jadi kalau anda tiba-tiba masuk ke kedai Starbucks dan minta untuk potong queue, anda bukan saja akan buat pelanggan lain marah, tapi pelayan kedai itu juga kerana mengeruhkan keadaan.

Silalah beratur, ya! Kalau lambat, nasiblah.

5. Menuang air minuman ke dalam tong sampah

Sesetengah orang akan buang sedikit air minuman mereka ke dalam tong sampah, supaya ada space untuk letak air susu tambahan. Tong sampah itu memang dah kotor dan menjijikkan. Jangan susahkan lagi pelayan untuk menyalin beg plastik sampah di situ.

Sumber: Insider

Kredit : https://www.hijabnheels.com