Terserlah Naluri Keibuan MAWAR RASHID Walaupun Belum Ada Anak Sendiri

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu segera atau ibu tiri bukan satu tugas yang mudah. Lagi-lagi apabila ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut masih lagi ada. Perhubungan antara ibu kandung dan anaknya tidak seharusnya dipisahkan. Dalam pada masa yang sama, Ibu atau bapa tiri memainkan peranan yang amat penting untuk menyatukan keluarga dan anak-anak tiri mereka untuk bersatu sebagai sebuah institusi keluarga yang besar.

Pelakon yang pandai bercakap dalam bahasa siam Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid, atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid nampaknya tidak mempunyai masalah dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu tiri meskipun baru berusia 23 tahun.

Walaupun masih belum mempunyai anak sendiri dari hasil perkahwinannya bersama Raf, Mawar dilihat tidak kekok melayan dua orang anak tirinya dengan baik. Ternyata terpancar keikhlasan Mawar menyayangi dua anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 7 dan Raden Seri Raysaa, 3 tahun.

Anak-anak Raf juga dilihat mesra memanggil Mawar dengan panggilan Mummy.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2018 dan sehingga kini Mawar masih belum menunjukkan tanda-tanda hamil. Mungkin masih mahu menikmati saat manis berduan bersama suami sebelum menimang cahaya mata sendiri. Apa salahnya kan?

Jangan Lupa Komen

sumber : https://www.nona.my