Memang Cantik Sangat Menantu DATO’ SERI AZMIN ALI Ni, Untung Ameer Shazrin!

Berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli Ameer dan Mazreen ini sangat mengujakan. Masuk saja Makhota Ballroom Hotel Istana, Kuala Lumpur tersergam pelamin indah rekaan Reka Teemor. Tak sabar menanti kehadiran raja sehari.


Menurut kakak sulung kepada Mazreen iaitu Datin Nur Sharmila, kedua-dua mempelai sudah saling mengenali sejak daripada zaman sekolah lagi ketika berusia 14 tahun.
“Perjalanan cinta antara Ameer dan Mazreen membuktikan jika sudah jodoh tidak akan ke mana. Ameer berjaya mendapatkan nombor telefon Mazreen ketika majlis makan malam sekolah untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi tapi malangnya dia di friend-zoned dan mereka kekal berkawan.

Kemudian, ketika masing-masing menyambung pelajaran di Sunway College, takdir menemukan mereka sekali lagi dan akhirnya mereka bercinta dan saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi selama dua tahun. Namun, mereka berpisah sekali lagi apabila Ameer mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di London, sementara Mazreen meneruskan pengajian di University of Nottingham, UK”, jelas Datin Sharmila.
“Cinta antara mereka berdua kembali mekar setelah Ameer kembali ke Malaysia dan sentiasa ada di sisi Mazreen ketika susah dan senang terutamanya semasa pemergian ibu tercinta kami Datuk Wira Maznah Hamid. Pada 31 Januari, Ameer mengambil keputusan untuk melamar Mazreen di hadapan rakan-rakan dalam sebuah majlis,” tambahnya lagi.

Mohamed Ameer Shazrin dan Mazreen Shanim yang masing-masing berusia 26 tahun telah selamat dinikahkan pada 21 Julai yang lalu di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Ukay Heights, Ampang.
Seterusnya majlis resepsi diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur malam tadi dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat, rakan artis dan pihak media. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom juga turut berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan yang eksklusif itu. Manakala, antara rakan artis yang hadir bagi menyaksikan majlis persandingan mereka ialah Syatilla Melvin, Anzalna Nasir, Laudya Cynthia Bella dan Izara Aishah.


Ameer merupakan anak lelaki kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Mazreen Shanim Datuk Seri Shaheen merupakan puteri bongsu ‘Iron Lady Malaysia’ Datuk Wra Dr. Maznah Abd Hamid.
Tahniah Nona ucapakan kepada Ameer dan Mazreen sekali lagi dan semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal sehingga ke akhir hayat. Make cute babies okay!

sumber foto: instagram #mazmeerize

Sumber: https://www.nona.my