Pelakon Cantik Oktovia Manrose MENGAKUI dia tidak pernah terbeban…

KUALA LUMPUR: Lebih lima tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Oktovia Manrose mengakui, dia tidak pernah terbeban meniti fasa itu bersendirian.

Meneruskan kelangsungan hidup dengan mencari rezeki sebagai pelakon, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Shamira Putri Octavia, 26, berkata, dia selesa sendiri dan belum terfikir untuk segera mencari pengganti.

“Bohong jika saya tidak mempunyai kawan lelaki, tetapi hubungan itu hanya terbatas sebagai rakan. Saya belum ada kekasih, malah belum lagi bersedia untuk berfikir secara serius mengenai perkahwinan.

“Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan sedang berkembang, membuatkan masa saya sentiasa terisi. Bagi saya mudah, jika sudah tertulis jodoh, pasti nanti saya akan melangkah semua ke alam rumah tangga,” katanya.

Dikenali menerusi drama Biar Aku Jadi Penunggu dan Dendam Aurora, Oktovia berkata, dia berbangga dapat meneruskan legasi seni yang pernah diteroka ibunya, Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

Anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan Rosnah dengan penyanyi dangdut, Iwan itu berkata,

arwah ibunya adalah pendorong utama untuk dirinya mengorak langkah sebagai pelakon.

“Namun, ibu pergi tanpa sempat melihat saya melunaskan impiannya. Semasa hayatnya masih ada, arwah tidak pernah jemu memberikan kata semangat untuk saya memulakan langkah dalam dunia lakonan.

“Saya masih ingat, ketika menjaga ibu yang sedang sakit, arwah sentiasa mengingatkan saya supaya teruskan minat itu. Agak terkilan apabila ibu pergi pada 2013 tanpa sempat melihat muncul di kaca televisyen,” katanya.

Oktovia berkata, lebih membuatkan dia gembira apabila adiknya, Aprena Manrose juga semakin menyerlah sebagai pelakon.

“Rezekinya semakin murah selepas berkahwin. Saya berbangga dengan pencapaiannya, terutama apabila diberi tanggungjawab untuk membawa watak utama dalam filem, Jodoh Syaitan.

“Aprena bertuah mendapat kepercayaan besar itu dan berharap dia tidak mensia-siakan peluang yang datang,” katanya.

Biodata Octavia Manrose

Nama Penuh: Wan Shamira Puteri Octavia
Nama Samaran: Octavia Manrose
Umur: 26 (2017)

Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Pertalian: Kakak kepada Aprena Manrose
Kerjaya: Pelakon

Drama: Cinta Si Wedding Planner, Hajah Hearthrow Kembali, Umairah, Biar Aku Jadi Penunggu, Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora (2017)

Sumber : https://www.bharian.com.my