[Gambar] Tahniah! Fauzi Nawawi dapat anak kelapan, cuba tengok gambar comel sangat!

 

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lisdawati, 39, selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan di Kampung Baru, di sini, Pada 20 July lalu.

Suaminya, Fauzi Nawawi berkata, bayi lelaki dengan berat 3.54 kilogram itu dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan bayi sihat. Diikutkan, isteri dijangka melahirkan pada 20 Julai lalu. Namun, saya bersyukur kerana proses kelahiran kali ini sangat mudah.

“Lisda mengadu sakit kira-kira jam 5 petang semalam, tetapi kami hanya sampai di hospital selepas Maghrib. Sepanjang hamil, Lisda sangat bertenaga.

“Dia menyertai dua acara berbasikal sejauh 10 kilometer setiap satu ketika kandungan mencecah enam bulan, selain berpuasa penuh sepanjang Ramadan lalu,” katanya.

Bayi lelaki itu adalah anak kelapan Fauzi yang mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Kata Fauzi yang turut mengusahakan hotel butik, nama cahaya mata mereka akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh hari.

Gambar Terkini :

Sumber Video : IG fauzinawawi_new & lisdawati15

 

Sumber : https://www.bharian.com.my