Kini Selesa Tutup Aurat & Mahu Kekal Istiqomah, Komen Netizen Tentang Penampilan Terkini Sarah!

 

Bukan senang bagi seseorang yang baru berhijab itu untuk menyesuaikan diri dengan fasa baru penampilan sebagai seorang wanita Muslimah. Ia mungkin mengambil masa dan ketika itu pelbagai perasaan yang bermain dalam fikiran. Begitu juga yang dialami oleh penyanyi Siti Sarah Raissuddin di awal kemunculannya berhijab. Mengambil masa hampir beberapa minggu sebelum berhadapan dengan situasi sebenar bahawa dirinya kini sudah berhijab.

“Sebenarnya Sarah masih orang yang sama lepas balik umrah tempohari. Cuma ketika itu Sarah rasa tak nak tunjuk rambut dan lebih selesa berhijab.

“Dalam masa sama pula ketika itu masih tercari-cari stail bersesuaian memandangkan kita juga adalah seorang penghibur.

“Sarah tak nak penampilan yang ‘sememeh’ bila kita berhijab. Kalau boleh mahukan gaya yang bersesuaian dengan imej Sarah.

“Pernah satu masa Sarah memang rasa janggal untuk berhadapan dengan orang ramai masal awal-awal berhijab,” jelas Sarah yang mengakui niat untuk berhijab sudah lama ada dalam dirinya.

“Hampir beberapa minggu jugalah Sarah bermain dengan perasaan yang macam-macam. Bukan kerana hijab yang dipakai, tetapi ketika itu seperti tiada kekuatan untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Sampai pembantu Sara datang rumah tanya Sarah masih menyanyi atau tidak. Sarah akhirnya terpaksa push diri untuk keluar.

Dan Sara akhirnya berjaya mengatasi segala perasaan yang tidak menentu itu, lebih-lebih apabila selesai menjayakan ‘showcase’ lalu,” tambahnya yang tetap mahu jadi seperti dirinya sendiri.

Menurut Sarah tiada keperluan untuknya delete gambar-gambar tidak berhijab di Instagram kerana itu adalah kisah sejarah hidupnya yang lama.

“Biarkan saja gambar-gambar itu kerana kalau delete sekalipun orang masih boleh google diri kita yang dulu. Lagipun itu history Sarah. Dulu Sara rasa diri ini tak layak berrhijab. Sembahyang pun qada-qada. Takut nanti dilabel macam-macam.

“Tapi sekarang Sara selesa dengan penampilan Sara. Masih lagi mencari kesesuaian dan stail bersesuaian dengan penampilan sekarang.

“Jujurnya Sara tidak ada penata gaya pun dan hanya belajar lilit dan reka sendiri. Cuma kalau untuk pergi ke event ada mintak tolong stylist gayakan hijab,” tambah Sara yang suka melihat stail pelakon Rozita Che Wan dan juga Neelofa.

“Sebenarnya Sarah ni seorang yang simple orangnya. Hanya selesa t-shirt dengan jeans sahaja. Jadi bila penampilan sudah berhijab, nak cari gaya yang kena dengan diri kita ini agak sukar sedikit.

“Oleh kerana saiz badan kecil Sarah memang tak sesuai dengan gaya hijab lilit yang keterlaluan. Sara sukakan gaya simple dan tak peningkan kepala. Kalau cuba tudung lilit-lilit tu ibarat ‘Sara hilang entah di mana”

“Kalau tak kemana-mana Sarah gemar sarung tudung macam khimar sahaja. Tapi tidaklah Sarah nak tunjukkan semua dalam instagram,” ceritanya lagi yang pernah memgambil masa bersiap lebih lama dari proses ‘blow’ rambut.

“Sarah masih ingat waktu mula-mula berhijab dan kebetulah nak hadir majlis buka puasa. Bayangkan Sarah try and error tudung yang digayakan lebih lama dari proses blow rambut.

“Sampaikan Sarah terpaksa buka puasa dalam kereta. Waktu itu Shuib macam nak marah tapi tak marah.

“Dia memang cukup supportive dengan Sarah yang baru berjinak-jinak nak berhijab,” tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini yang tetap akan menyanyi kerana itu adalah jiwanya.

Sejak berhijab juga, ramai netizen memuji penampilan Sarah dan turut mendoakan dirinya kekal istiqomah.

@nadhilahazlan_ Lawa lah pakai tudung muka nampak sweet je

@lilylan8184@sitisarahraissuddin nmpk sopan, manis. Kekalkn menjaga auratmu.

@tinaammar26 Npk ctk sgt..alhamdulillah untuk u..semoga sentiasa di berkati Allah swt selalu

@maiomothoso Beautiful indeed

@umairah_uzir cantik gila pakai tudung

@tinacutetinaCantik sangat-sangat

@__allysarah Kak sarah you are sooooo muchhhh beautiful when wearing hijab! Keep istiqamah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI SARAH RAISSUDDIN

Tinggalkan Komen

sumber: https://www.hijabista.com