Hebat! Walaupun Tengah Sarat Mengandung, Menteri Ini Tidak Malu Untuk Berbasikal!

Seorang menteri wanita di New Zealand, Julie Anne Genter menjadi bualan hangat di seluruh dunia apabila beliau dikatakan mengayuh basikal sendiri ke hospital untuk proses induksi dan melahirkan anak sulung pada usia kandungan mencecah 42 minggu.

Julie Genter menyiarkan gambar-gambar beliau bersama pasangan dengan gembira menikmati kayuhan basikal pada pagi Ahad untuk ke hospital di instagram dan dihujani ucapan tahniah oleh para pengikutnya.

“Ahad yang indah untuk mengayuh basikal ke hospital bagi proses induksi dan seterusnya melahirkan anak dalam kandungan. Kini sudah tiba masanya dan doakan semoga kami berjaya. Saya dan pasangan mengayuh basikal sebab tidak cukup ruang di dalam kereta untuk krew sokongan dan ia membantu saya untuk berada dalam mood yang paling baik”, tulisnya di laman instagram.

Julie sebelum ini dikhabarkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali dan terbuka menceritakan episod sedih dalam hidupnya itu kepada pihak media di New Zealand. Selain itu, difahamkan beliau akan bercuti selama 3 bulan selepas proses melahirkan bayi tersebut dan dijangka akan kembali menjalankan tugas November depan.

Rupa-rupanya, Julie Genter,38  yang merupakan Menteri Wanita merangkap Menteri Pengangkutan dan Kesihatan di New Zealand memang menyokong aktiviti berbasikal di sana dan beliau sendiri tidak malu untuk berbasikal ke pejabat, membeli sarapan mahupun untuk bersiar-siar. Wow, jarang ada menteri yang low profile macam ni. Perempuan pula tu.

Semoga tindakan ‘sihat’ yang dilakukan oleh Julie ini mendapat isnpirasi yang baik kepada para wanita di luar sana. Lagipun, terdapat banyak kebaikan melakukan aktiviti berbasikal ni terutamanya untuk ibu mengandung kerana ia boleh menyediakan otot anda ketika proses melahirkan nanti.

Sumber :  https://www.nona.my