Akhirnya Pelakon Kecil Molek, Ardell Aryana Jawab Persoalan Netizen Tentang Status Terbaru Dirinya!

Status pelakon kecil molek yang kini sudahpun berhijrah, Ardell Aryana mengundang persoalan di kalangan netizen yang tertanya-tanya adakah dia sedang menderita sakit. Jika dilihat di laman instagramnya juga pelakon ini menjalani rutin harian seperti biasa. Cuma penampilannya kini jauh sudah berubah dari sebelumnya. Setelah lama berdiam diri, akhirnya dalam satu posting di laman instagram, Ardell menjawab persoalan yang bermain di fikiran netizen dan salah satu berkaitan soal mati. Dia juga memberitahu dirinya tidak nazak seperti disangka ramai.

Menurut Ardell soal ajal maut bukan terletak di tangan kita sebaliknya ia milik Allah. Bukan disebabkan penyakit saja, malah orang yang sihat juga boleh meninggal dunia jika sudah ketentuanNya.

Ini jawapan Ariel kepada yang bertanya status terbaru dirinya:

Ramai yang DM & EMAIL saya . Soalan mereka : 1)macam mana untuk sentiasa happy walau hakikat nya bertentangan ? Jawapan : Apa bila kita membahagia kan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia & happy

Mahu jadi sekuat wanita besi

2) macam mana boleh jadi sekuat ini ?? Jawapan : Kekuatan kita hanya pinjaman, nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh ( tapi sy tetap pilih untuk jadi wanita BESI)

Kalau rasa down, sentiasa ingat orang lain lagi besar dugaannya terutama di negara di landa perang

3) Apa akak buat bila rasa sedih down ??? Jawapan : Bila saya rasa macam tu , 1 je saya fikir … jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih & sukar ( lihat la manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita ) sampai rasa kecil sangat dugaan kita.

Tahu tak sihat & hidup tak lama? Ajal maut bukan di tangan kita dan bukan nazak seperti yang disangka

4) Bila tahu tak sihat , tak dapat hidup lama apa akak buat ???? Jawapan : Ajal maut bukan di tangan kita dik , bukan sebab Penyakit je boleh meninggal .. orang sihat pun boleh meninggal , sakit biasa2 pun boleh meninggal jangan la tanya soalan cmni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sgt akak baca pandai2 je cakap hidup xlama

Soal kahwin serahkan pada Allah, kalau panjang umur, adalah jodoh dunia. Kalau tiada maka tiadalah…

5) Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin , kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membeban kan dia ke , tak kesian ke kat suami nanti??? Jawapan : kalau ajal je di tangan tuhan inikan pula jodoh dik, kalau tuhan kata panjang umur panjang lah jodoh ( ada la jodoh dunia ) kalau takde maka takde la . Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je .. ( saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat keje dihospital nya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya kesana kemari bekerja, menjahit,memasak , shopping , berjalan.. SAYA ok je bukan nya sakit ape sangat tapi akak risau & saya masih ada kaki untuk berjalanok ) itu pun kadang rase menyusahkan , tapi ape saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang ?

Teruskan hidup seperti biasa, suka lakukan apa sahaja & jangan push diri

BANGKIT la … terus kan hidup mcm biasa , keluar, kerja, buat itu buat ini .. apa yang saya rasa saya suka just do it . Kalau penat berhenti , jangan push diri . Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti . Dah namanya dunia ni pentas ujian , maka hadapi dengan tenang . Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita .

Bukan sahaja menjawab persoalan sebelum ini berkenaan status dirinya, Ardell juga rajin berkongsi ilmu dengan followernya.

Terbaru di laman instagramnya, Ardell memberi peringatan tentang tiga perkara tidak pernah tersalah alamat dalam kehidupan kita sebagai hambaNya. Soal jodoh, rezeki dan ajal maut.

Pelakon yang popular dengan drama ini juga turut mengingatkan bahawa dalam rezeki kita juga turut ada rezeki orang lain dan menyuruh berkongsi bersama rezeki yang diberi oleh Allah.

Biarpun begitu, netizen tetap mendoakan kesejahteraan dirinya yang kini sudah berhijrah dengan penampilan memenuhi ciri wanita Muslimah.

Tiada lagi baju atau seluar ketat, sebalknya digantikan dengan jubah besar dan sesekali dia memakai niqab dan juga OOTD yang bersesuaian.

wahydahwaty Semoga Allah memberi kekuatan dan umur yg pnjg lg berkat….sihat walafiat…doa akak dr sabah sentiasa bersama ardell..Aamiin Aamin yarob

hakimie_zynie Alhamdulilah,kak smakin sihat and cntik…be strong @ardellaryana

lailysuh Suke lah tgok akak ni betudung labuh. .makin cantik

shikin.aryffin Assalamualaikum kak semoga sentiasa dirahmati dalam lindungan allah swt …dan sentiasa di murah kan rezeki insyallah …we love you kak stay strong kak @ardellaryana saya sentiasa doakan akak

nurulizzati.ty You are so pretty…may Allah bless you always and stay strong

nura_shikyn Love the way u spread positivity to people out there including myself,I hope to meet you one day in shaa allah

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARDELL ARYANA

sumber : https://www.hijabista.com.my