Awas! Lelaki Atau Wanita yang Gemar Membaca Dalam Tandas, Ternyata Undang Banyak Bahaya!

Lazimnya yang suka membaca dalam bilik air adalah kaum Adam, bukan? Sehinggakan berjam-jam dalam bilik air untuk menghabiskan bacaan surat khabar atau pun majalah.

Namun, awas ya kerana perbuatan ini sangat tidak digalakkan tidak kira kepada lelaki mahupun wanita. Memetik laporan Nypost, semakin lama anda duduk di bilik air, semakin banyak penyakit yang anda boleh alami.

Foto: Carian google

1. Semakin lama anda duduk di mangkuk jamban, semakin besar tekanan yang dialami pada bahagian pinggul anda. Ini boleh mengundang penyakit buasir.

2. Gemar membaca dalam bilik air, membuatkan aliran darah di bahagian pinggul juga terganggu kerana tekanan yang diberikan pada bahagian pinggul.

3. Kebiasaan berlama-lama di bilik air, boleh menyebabkan masalah pencernaan kurang lancar. Anda sebaliknya harus mengambil lebih banyak serat untuk melancarkan pencernaan.

4. Berbual dan bercakap telefon di dalam bilik air? Bahayanya kepada risiko buasir dan juga kehadiran pelbagai bakteria serta kuman pada telefon pintar anda. Geli, bukan?

Oleh itu bro, elakkan ‘melepak’ dalam bilik air terlalu lama. Jika ingin membaca akhbar, di luar bilik air kan lebih selesa! – CARI

sumber : https://bm.cari.com.my