Juruterbang Paling Rare Buat Penumpang Terhibur..Cuba Korang Dengar!

Inilah baru pertama kali kiranya mendengar juruterbang berpantun ketika ingin berlepas atau membuat pendaratan.

Satu rakaman audio seorang juruterbang pesawat AirAsia yang berpantun sebelum memulakan perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur telah menjadi viral selepas salah seorang penumpang AK700, Izwah Ibrahim memuat naik klip audio itu di Facebook miliknya.

Penulis yakin juruterbang ini pasti mempunyai jiwa seni yang tinggi dan cintakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak berzaman lagi.

Sastera lisan iaitu pantun ini menunjukkan kecepatan seseorang dalam berpikir dan bermain-main dengan kata. Jom, sama-sama dengar juruterbang ini berpantun. Sangat terhibur mendengar apatah lagi penumpang yang menaiki pesawat bersamanya.

Pantun yang diselitkan semasa membuat pengumuman kedengaran begitu menghiburkan penumpang. Cuba Dengar

 

Viral di laman sosial gelagat juruterbang AirAsia penerbangan AK700 yang dirakamkan penumpang pesawat itu, Izwah Ibrahim yang berkongsi rakamannya di laman Facebook.Wakaka gelak je dengar gelagat juruterbang pandai melawak dan berpantun ini!

Posted by OHBULAN! on Thursday, 9 June 2016

Sumber Video : OHBULAN

Sumber : https://bm.cari.com.my