Komposer Pak Ngah Suhaimi Sudah Tiada

 

KOMPOSER terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia jam 3.05 petang tadi, hari ini.

Berita itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat Allahyarham ketika dihubungi Harian Metro.

“Betul, Pak Ngah sudah tiada. Arwah meninggal akibat serangan jantung. Sekarang jenazah berada di hospital dan masih dalam proses menguruskan jenazah bagi dibawa pulang ke tanah air,” katanya.

Menurutnya, jenazah berada di sana sejak 21 September lalu atas urusan kerja.

“Doakan segalanya dipermudahkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 September 2018 @ 4:22 PM

sumber :https://www.hmetro.com.my