Tahniah! Anak Aziz Desa Kini Mengikut Jejak Langkah Ayahandanya..Cuba Dengar

Sekali pandang, rasa-rasanya ada yang jatuh cinta pandang pertama tak? Tak dinafikan, lelaki ini memang mempunyai rupa dan personaliti yang menarik.

Tidak hairanlah kalau anak muda yang baru berusia 23 tahun ini dipilih sebagai pembaca berita TV9 yang baharu mulai September Tahun Lepas.


Foto: mStar Online

Dikenali sebagai Mas Zharif Zafri, rupanya dia adalah anak lelaki kepada bekas pengacara TV3, Allahyarham Aziz Desa yang meninggal pada tahun 2015 akibat masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung.

Menjadikan arwah bapanya sebagai inspirasi, Zharif bangga dapat menyambung legasi bapanya yang berkecimpung dalam bidang penyiaran.

Namun lelaki lepasan Aswara ini sedar yang dia kini menggalas tanggungjawab berat dengan membawa nama Allahyarham.


Foto: Facebook

Menurut sumber mStar Online, Zahrif menyatakan yang arwah bapanya sering menasihatkan dirinya supaya jangan sesekali malas membaca.

Tambahnya, dia harus berusaha keras sendiri untuk mendapatkan sesuatu. Membaca Surah Iqra dijadikan amalan sebelum memulakan sebarang pekerjaan.

Foto: Facebook

Walaupun mengakui sedih setiap kali melangkah ke Sri Pentas kerana ia membawa pelbagai memori tentang bapanya, namun dia terpaksa mencekalkan hati demi mencari rezeki buat keluarganya.

Seorang lagi yang turut dipilih sebagai pembaca berita baharu stesen televisyen tersebut adalah ‘kembar’ Neelofa yang tular baru-baru ini, Hawa Rizwana.


Foto: mStar Online

Pakej dah lengkap, kacak dan bijak pula itu. Semoga Zharif akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Nak tengok Zharif, bolehlah tengok di TV9 ya.

HASRAT bekas pengacara TV3 iaitu Allahyarham Aziz Desa untuk melihat anak sulungnya iaitu Mas Zharif Zhafri menceburi bidang penyiaran tercapai apabila anak lelakinya itu dipilih sebagai pembaca berita TV9.

Kini Anak Aziz Desa Kini Mengikut Jejak Langkah Ayahandanya.. Tahniah

Tahniah. Anak Aziz Desa kini mengikut jejak langkah ayahandanya. #haripersnasional2018.

Posted by Ddiy Putra on Tuesday, 13 February 2018

 

sumber : https://bm.cari.com.my