Ucapan Selamat Bertanding Dari Ahmad Maslan Ini Mencuri Perhatian Netizen!

Wakil rakyat Umno Datuk Ahmad Maslan mengucapkan selamat bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Ucapan itu ditujukan kepada pihak berminat, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau, bagaimanapun – dilihat susulan keputusan baru Umno memboikot pilihan raya itu – berkata hanya akan ke sana untuk tujuan rekreasi.

“Jika saya ke PD (Port Dickson), hanya untuk mandi laut, main pasir dengan dua orang cucu serta lihat matahari terbenam di tepi pantai,” tulis anggota parlimen Pontian di Pontian.

Bekas ketua penerangan Umno itu malah turut berkongsi gambar-gambar yang diambilnya di kawasan peranginan terkenal itu sebelum ini.

“Contohnya empat gambar yang tiga daripadanya saya ambil sendiri di PD baru-baru ini,” kata Ahmad.

Tulisan Ahmad itu mengundang pelbagai reaksi pengguna maya. Terdapat pihak yang membalas sinis tulisan itu dan ada juga yang menyanjung cuit beliau itu.

@naszerin: Pandai bergurau dan melawaklah Datuk ni..Tak nak masuk Maharaja lawak ke?

@FendoTorres: Takut kalah lettewww.

@penganalisa: Cun juga angle ni. Pandai Tok ambil. Guna iPhone X ke?

Kerusi Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson pada 13 Oktober depan dan hari penamaan calon pada 29 September.

sumber : https://m.malaysiakini.com