Rupa-rupanya Ini Punca Polis Dan Kanak-kanak 3 Tahun Bergambar Bersama, Tak Sangka Langsung!

Lebih daripada 5.5 juta yang melihat dan ribuan komen untuk dua keping gambar ‘keramat’ ini.

Siapa sangka, tiba-tiba seorang anggota polis, Mike Gradilla dari Westminster yang bergambar dengan seorang kanak-kanak 3 tahun, menjadi viral super hebat!

Gradilla, 26 turut digelar polis kacak dan membuatkan ramai gadis yang cair dengannya.

Semuanya bermula apabila menerima arahan untuk melakukan khidmat masyarakat dalam bentuk menceriakan seorang kanak-kanak 3 tahun.

Kanak-kanak comel itu, Tayden Nguyen didapati telah menjalani minggu pertama yang agar sukar di sekolah tadika.

Keluarganya memanggil seorang anggota polis untuk menceriakan kanak-kanak lelaki itu kerana dia terlalu obses dengan polis.

Siapa sangka, dengan sedikit usaha oleh Gradilla, dia yang asalnya ingin membuatkan seorang kanak-kanak rasa bertuah, membawa tuah pula kepadanya.

“Tayden berasakan dia sangat bertuah, namun sebenarnya sayalah yang bertuah pada hari itu,” ujar Gradilla.

Moga lebih ramai lelaki muda yang sanggup melakukan khidmat masyarakat seperti ini.

 

Sumber : https://bm.cari.com.my