Menakjubkan! Benda-Benda Biasa Yang Digunakan Menjadi Unik dan Luar Biasa

Mungkin kita tidak pernah berfikir bahwa benda-benda yang kita anggap biasa dan kadang kurang kita perhatikan, apabila di buat dan di bungkus dengan sebuah kreatifitas, maka benda tersebut akan terlihat menjadi luar biasa dan yang pasti harganya akan jauh naik dari harga asalnya.

Nah mungkin beberapa benda di bawah ini dapat menambahkan ide, kreatifitas dan imajinasi kita semua.

Pencipta kreatif menghasilkan mesin pemotong kayu daripada rim tayar kenderaan

 


Persalinan lengkap Iron Man

Archie Whitehead merupakan pelajar 17 tahun dari Britain yang sukakan watak superhero, Iron Man. Jadi dia memutuskan untuk membuat sendiri, persalinan lengkap watak hero tersebut.Dia menghabiskan masa beberapa jam sehari untuk menyiapkan projeknya. Dengan berbekalkan $500, dia berjaya melaksanakan misinya dalam tempoh 4 bulan. Menariknya, persalinan tersebut nampak begitu sama seperti yang digunapakai di dalam filem.

 

Kereta mewah Rolls Royce

Lelaki 24 tahun dari Kazakhstan ini mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta mewah Rolls Royce Phantom. Namun, kereta model tersebut berharga lebih dari $300,000 USD. Jadi, daripada dia mendapatkan sebuah kereta yang baru, Moukanov nekad untuk menukarkan kereta Mercedes lamanya kepada Rolls Royce.

Hasil usaha gigihnya, dia berjaya menghasilkan Rolls Roycenya sendiri yang menelan belanja lebih kurang $3,000 USD sahaja.


Roller Coaster buatan sendiri!

Tiket masuk ke taman tema sudah tidak semurah dulu dan sudah pastinya akan semakin meningkat saban tahun. Jadi, Jeremy Reid dari Oklahoma yang merupakan salah seorang peminat taman tema ini memutuskan untuk membina taman temanya sendiri dengan bakat yang dia ada.

Kebetulan, ibu bapanya mempunyai tanah lapang seluas 10 ekar di Oklahoma City dan di situlah dia memulakan pembinaan taman tema idamannya.

Jeremy telah membina roller coaster yang mempunyai ketinggian 16 kaki dan berkelajuan lebih dari 15 mps. Katanya, dia menghabiskan $10,000 untuk menyiapkan projek tersebut.


Jet ski

Jet ski ringkas buatan sendiri ini telah dijumpai di Thailand. Ia terdiri daripada tong minyak, pam yang digunakan di taman, kreativiti dan sedikit kepakaran. Bijak dan sangat praktikal!

Robot belakang rumah

Wu Yulu, 48 tahun merupakan seorang yang sangat berbakat dan tinggal di pinggir bandar besar Beijing.

Hobinya yang agak pelik iaitu membuat robot memaksa beliau menanggung sejumlah hutang yang besar dan risiko pada perkahwinannya. Namun begitu, dia tetap tidak berputus asa dengan minatnya.

Dia memulakan hobi tersebut sejak 1996 dan meneruskannya di halaman rumah menggunakan besi-besi buruk. Setakat ini, dia telah berjaya menghasilkan 47 buah robot dengan fungsi yang pelbagai antaranya melompat, mengecat, minum dan juga menarik kereta sorong.

Pada 2010, beliau dijemput untuk mempamerkan hasil ciptaannya di Shanghai Expo dan berjaya menarik populariti dari seluruh dunia.

Hasil kerja kerasnya turut mendapat penganugerahan dan tender dari pelbagai universiti.

Limosin jenama Suzuki

Limosin ini dicipta dengan menggabungkan dua buah kereta Suzuki. Sangat menarik dan kreatif. Namun, hanya melihat dari luarannya, kami agak tertanya-tanya bagaimana ia dihasilkan?

Agak-agak limosin ini sistem penghantarannya automatik atau manual? Dan juga, bagaimana fungsi brek belakangnya? Tapi apa-apa pun, ciptaan ini sangat menakjubkan!

Kapal selam

Jangan tidak percaya, ini merupakan kapal selam buatan sendiri. Lelaki berusia 34 tahun dari China ini hanya membelanjakan $4,385 untuk mencipta kapal selam ini!

Apa yang lebih mengkagumkan, kapal selamnya mampu menjalankan aktiviti di dalam air dan juga lengkap dengan kipas, motor elektrik, periskop dan juga tangki untuk mengawal kedalaman!

Sukar untuk dipercayai bukan.

Biliard dari lumpur

Jangan berputus asa jikalau anda tidak mempunyai beratus dolar untuk membeli meja biliard yang besar dan mewah. Cukup dengan ranting kayu dan lumpur, anda boleh menghasilkannya sendiri!

Ciptaan terbaik ini dijumpai di Garous, Cameroon. Kini, anda juga boleh berseronok tanpa perlu mengeluarkan duit.

kreatif

Kreatif diorang nie….scaffold pakai buluh,mixer pakai tong drum. Lifting pakai moto je…

Posted by Tular Kini on Friday, 15 December 2017

Scaffold hanya menggunakan buluh, mixer pakai tong drum dan lifting pakai motor je

sumber : http://mb.erabaru.com.my

sumber video : fb